KANGAR – Jabatan Kesihatan Perlis mendapati lima dari 19 kawasan yang diperiksa dari 11 hingga 17 Februari lepas mencatat indeks pembiakan aedes yang tinggi dan berpotensi berlaku demam denggi.
Pengarahnya Dr Zaini Hussin berkata kawasan terbabit ialah Kampung Tanah Baru dan Kampung Hujung Tanjong di Kuala Perlis; Kampung Baru Tok Kuning dan Kampung Behor Mali di Kayang serta Batu 15 ÂĽ Jalan Kaki Bukit.
“Hasil 427 aktiviti pemeriksaan yang dibuat mendapati 21 premis sangat positif menjadi tempat pembiakan Aedes,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Menurut Dr Zaini, sebanyak 37 kes demam denggi dan demam denggi berdarah direkodkan dari 1 Januari hingga 17 Feb lepas namun tiada kematian berpunca demam dari wabak denggi di Perlis dalam tempoh tersebut. – BERNAMA