Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemilik Rayani Air Tawar...

PETALING JAYA - Selepas pekerja Rayani Air mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Ravi Alagendrran,...

Logo Pelancongan RM15 Ribu...

BARU-BARU ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihujani kritikan orang ramai dek kerana logo...

Laman Rasmi FIFA ‘Diserang’...

SHAH ALAM - Selepas insiden Ultras Malaya diserang penyokong Indonesia di Stadium Gelora...

Kerajaan Teruskan Kenaikan Gaji...

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023...

5 Pegawai Perisik Maut Ditembak Di Afghanistan

KABUL – Lima pegawai agensi perisikan nasional terbunuh pada Khamis selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di timur wilayah Parwan, lapor agensi berita China Xinhua memetik akhbar tempatan.

Kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Parwan sebelum diserang di daerah Bagram, lapor Pajhwok Afghan News.

Mereka bertugas di wilayah Kapisa yang berjiran dengan Parwan.

Seorang daripada mangsa, Gulab Din, merupakan pegawai perisik kanan wilayah di Kapisa.

Penyerang telah melarikan diri sejurus selepas kejadian.


Menurut laporan akhbar tersebut, kumpulan militan Taliban telah mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Daerah Bagram menempatkan Bagram Airfield, pangkalan tentera utama Amerika Syarikat dan NATO di Afghanistan. – BERNAMA

Kategori