Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

BNM Serbu Koperasi DinarDirham,...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu pejabat Koperasi DinarDirham Bhd....

Tiga Landasan Kapal Terbang...

PETALING JAYA - Landasan di tiga lapangan terbang terpaksa ditutup berikutan keadaan jerebu...

Anggota Perhilitan Maut Kereta...

KUANTAN - Seorang anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) maut...

Kunjungan PM Naikkan Semangat...

PEKAN - Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke rumah pesakit cerebral palsy,...

5 Penuntut Kolej Sesat Ketika Daki Bukit Pelindung

KUANTAN – Lima penuntut Kolej Komuniti Kuantan berhadapan detik cemas selepas sesat ketika mendaki Bukit Pelindung, di sini lewat petang tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Nazaruddin Ab Malek berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pensyarah mereka pada pukul 6.55 petang yang memaklumkan kejadian yang berlaku.

Menurutnya, semua penuntut berkenaan mula memanjat bukit berkenaan kira-kira pada pukul 5.30 petang manakala pensyarah dan rakan-rakan lain hanya berada di kawasan kaki bukit.

“Mereka semua datang ke kawasan bukit tersebut untuk beriadah sebelum lima orang daripadanya iaitu empat orang penuntut lelaki berusia 19 tahun dan seorang penuntut wanita berusia 20 tahun itu pergi mendaki.

“Selepas sejam, kesemua mangsa menyedari mereka sesat dan menghubungi pensyarah bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

“Pihak bomba tiba pada pukul 7.03 malam dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak bukit dan mencari semua mangsa di lokasi mengikut petunjuk yang diberikan oleh mereka,” kata Nazaruddin.


Katanya, kelima-lima mangsa berjaya dikeluarkan dari hutan di bukit itu dalam keadaan selamat sebelum pukul 8 malam tadi.

Bukit Pelindung merupakan lokasi popular dalam kalangan penduduk Kuantan untuk beriadah pada waktu petang. – BERNAMA

Kategori