Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Siaran Piala Dunia: Kerajaan...

GEORGE TOWN - Kerajaan Persekutuan telah mendapat penajaan sepenuhnya daripada syarikat swasta bernilai...

Penyerang Tok Gajah, Adik...

PENYERANG pasukan Pahang, Patrick dos Santos Cruz dan adiknya cedera selepas diserang dua...

KPDNKK Kedah Rampas 1,051...

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas...

4 Hilang, 2 Selamat...

SIBU - Empat awak-awak dipercayai hilang manakala dua lagi terselamat apabila sebuah tongkang...

5 Termasuk 3 Warga India Didakwa Edar Syabu 68kg

REMBAU – Lima lelaki termasuk tiga warga India dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu dua minggu lalu.

Kesemua tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Tertuduh Azizul Shahari, 32; V. Gunasegar, 29 , kedua-duanya rakyat tempatan serta warga India Shajahan Yoosaf Kunju, 31; Noushadkutty Sulaiman, 40 dan Nahas Aboobaker 41, didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 68.24 kilogram di sebuah ladang ternakan di Jalan Pilin Kampung Kundur Tengah Pedas, dekat sini pada 4.15 petang, 13 Feb lalu.

Mereka didakwa menurut Seksyen 39 B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama, dibacakan bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tan menetapkan 28 Mac depan untuk penyerahan laporan kimia.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K.S Rinisha Priyya dan kesemua tertuduh diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan. – BERNAMA

Kategori