Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Leka Bergambar, Kamal Adli...

BARU-BARU ini Kamal Adli telah berangkat ke Eropah bagi menjalani penggambaran program dan...

Ketibaan Kapal Tentera Laut...

PELABUHAN KLANG - Kehadiran kapal latihan tentera laut Korea Selatan, The South Korea...

Terengganu ‘Garang’ Andai Mahu...

KUALA TERENGGANU – Pasukan Terengganu perlu beraksi lebih agresif menentang Selangor pada perlawanan...

Covid-19: 8 Individu PUI...

LAPAN individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit dijangkiti Covid-19 di Sabah...

50 Anggota PPBM Larut Keluar Parti Sertai UMNO

SELAMA – Seramai 50 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Larut yang diketuai bekas Penaja dan Setiausaha PPBM Bahagian Larut Shafie Mohd Khairy isytihar keluar parti dan menyertai UMNO hari ini.

Shafie berkata mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan perjuangan PPBM dan merasakan parti itu hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu yang ada dalam parti.

“Kami tidak mempercayai kepimpinan Pengerusi PPBM Perak (Ahmad Faizal Azumu) yang pelantikan (Ahmad Faizal) adalah pengaruh DAP.

“Dalam kepimpinan PPBM Bahagian Larut sendiri, tidak pernah mengambil tahu masalah kami sepanjang kami menjadi ahli PPBM,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Pada majlis itu kesemua 50 anggota PPBM menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Larut Datuk Faizul Arby Mohd Shohor sambil disaksikan Anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga Anggota Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Shafie berkata mereka menyokong dan menyertai UMNO bukan kerana diberikan imbuhan, sebaliknya yakin bahawa UMNO sahaja yang akan menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.


Sementara itu, Hamzah berkata ada lagi kumpulan daripada PPBM yang akan menyertai UMNO dan beliau menerima mereka dengan hati yang terbuka.

“UMNO secara terbuka menerima sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti. Mereka (anggota PPBM) keluar parti bukan kerana apa-apa tetapi mereka melihat sikap perjuangan UMNO iaitu parti keramat yang benar-benar bantu rakyat dan membangunkan negara,” katanya.

Hamzah berkata Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya mahu memperjuangkan nasib bangsa dan agama di negara ini, sebenarnya bercita-cita untuk menentukan masa depan anak-anak dan kroninya. – BERNAMA

Kategori