Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anugerah Aidilfitri Terindah Amar...

PASANGAN pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli akui sambutan Aidilfitri kali ini memberi...

96 Etnik Rohingya Lolos...

BANDAR BAHARU – Seramai 96 tahanan etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot...

1,032 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini kekal empat angka...

“Kembalikan Faedah Diskaun Bayaran...

MAHASISWA Nasional mendesak Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengembalikan semula faedah diskaun kepada...

60 Premis Di N. Sembilan Tiada FC Tahun Lepas

SEREMBAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan mengenal pasti 60 premis di negeri ini tidak mempunyai sijil perakuan bomba (FC) pada tahun lepas iaitu menunjukkan peningkatan berbanding 30 kes pada 2016.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata premis terbabit melibatkan bangunan kilang, hotel dan pasar raya.

“Daripada 60 premis itu, ada yang dalam proses pendakwaan, ada yang telah didakwa dan ada yang masih dalam siasatan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).

“Setiap tahun kes ini meningkat, kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemilik bangunan yang melanggar peraturan. Pemeriksaan secara berkala akan sentiasa dijalankan bagi memastikan setiap pemilik premis mematuhinya,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Sembilan, Khairuddin Abdul Rahman.

Norazam berkata kegagalan pemilik premis untuk mendapatkan FC boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) yang memperuntukkan denda RM5,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

“Setiap bangunan perlu mempunyai sijil perakuan bagi memastikan premis diduduki memenuhi piawaian ditetapkan termasuk memiliki peralatan memadam kebakaran yang berfungsi dengan baik. Malangnya, tahap kesedaran dalam kalangan pemilik premis berkenaan masih rendah.


Sementara itu, beliau berkata lafaz ikrar ini dapat menimbulkan kesedaran akan bahaya rasuah di samping dapat mendidik pegawai, anggota dan kakitangan jabatan dalam usaha memerangi rasuah secara berterusan.

“Langkah ini sekali gus dapat memberi mesej kepada anggota agar menjalankan tugas dengan jujur dan amanah, serta mendukung semua prinsip pencegahan rasuah,” katanya.

Pada majlis itu, Norazam menandatangani dan mengetuai lafaz IBR yang disertai 180 pegawai dan anggota serta kakitangan jabatan itu. – BERNAMA

Kategori