Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

44 Penagih Ditahan Dalam...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 44 individu termasuk lapan wanita disyaki terbabit dalam penyalahgunaan...

Lelaki Bangga Miliki Punggung...

KIM Kardashian ternyata seorang selebriti yang mempunyai ramai peminat dengan kebanyakannya cuba meniru dan...

Hanez Impikan Anak Perempuan...

SUDAH memiliki dua anak lelaki segera, pelakon Hanez Suraya berharap dapat menimang cahaya...

Durian Ganja Semakin Popular

DURIAN ganja yang memiliki tangkal panjang atau D158 antara lebih 20 jenis raja...

604 PATI 6 Majikan Ditahan Dalam Ops Mega 2.0

PUTRAJAYA – Seramai 604 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan enam majikan ditahan dalam operasi Ops Mega 2.0 yang dijalankan serentak di seluruh negara awal pagi hari ini.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memeriksa seramai 1,725 orang dalam operasi yang dijalankan serentak bermula 1 pagi hingga 4 pagi di seluruh negara itu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata Ops Mega 2.0 itu dijalankan susulan berakhirnya tempoh sah laku kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) untuk proses mendapatkan dokumen bagi Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI (Program Rehiring) pada Khamis lepas.

Katanya Jabatan Imigresen telah mengambil pelbagai langkah bagi memberi penjelasan kepada majikan dan pekerja mengenai langkah-langkah yang perlu diambil di bawah program itu termasuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pihak kedutaan bagi urusan pengeluaran dokumen perjalanan.

“Bagi majikan yang gagal mendaftar pekerja asing mereka, Jabatan Imigresen juga telah menggesa mereka menghantar pekerja tersebut melalui Program Serah Diri Secara Sukarela (Program 3+1) bagi mengelakkan risiko dikenakan tindakan undang-undang termasuk pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafar, yang mengetuai operasi Ops Mega 2.0 di sekitar Dengkil dan Banting, Selangor, berkata seramai 62 PATI ditahan dalam operasi itu.


Katanya mereka terdiri daripada 29 warga Indonesia dengan tujuh daripadanya adalah wanita, 25 warga Bangladesh dan lapan warga India.

“Sebanyak tiga notis untuk hadir member keterangan telah dikeluarkan ke atas pekerja bagi membantu siasatan lanjut dalam operasi itu,” katanya.

Mustafar berkata antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • JIM

Kategori