Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan India Mahu Kurangkan...

NEW DELHI – Kerajaan baharu India mula melaksanakan program untuk mengurangkan satu perlima...

KTMB Alami Masalah Teknikal:...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan syarikat pengangkutan awam keretapi...

Dana RM90 Juta: Takiyuddin...

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan...

Hebat… Bawa Anak Naik...

TATKALA ramai yang mengecam lelaki ini kerana membahayakan dua anaknya, ada juga yang memujinya...

7 Tahun Bersih Sungai Paling Tercemar – Jokowi

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko ‘Jokowi’ Widodo berkata, air dari Sungai Citarum boleh diminum dalam tempoh tujuh tahun lagi di bawah satu projek pembersihan baharu.

Sungai terletak di pulau Jawa itu dianggap antara paling tercemar di dunia. Ia mengalir 300 kilometer dari mata air di Jawa Barat ke laut berhampiran ibu kota ini.

Malahan sungai tersebut menjadi sumber tenaga untuk tiga stesen hidroelektrik, serta digunakan untuk mengairi 400,000 hektar sawah padi.

Tebing sungai Citarum pula menjadi sumber kehidupan 28 juta penduduk, walaupun sungai itu dipenuhi sisa domestik dan dicemari paras pewarna serta logam berat yang tinggi hasil buangan aktiviti pengilangan.

“Sungai ini pernah jernih sebelum menjadi paling tercemar. Kami sedang cuba bersih secepat mungkin dalam tempoh tujuh tahun dan selepas itu ia boleh menjadi sumber air minuman,” kata Jokowi di Twitter.

Terdahulu beliau berpeluang melawat punca sungai itu di Jawa Barat, semalam dan berkata, kerajaan juga merancang menggunakan konsep projek Citarum di tebing sungai lain yang memerlukan pembersihan.

Bank Pembangunan Asia (ADB) meluluskan pinjaman AS$500 juta (RM1.95 bilion) kepada Indonesia pada 2009 untuk membantu membersihkan sungai itu.

Namun, bank terbabit tidak memberikan maklum balas mengenainya menerusi e-mel.

Seorang pegawai Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Maritim, Tubagus Haeru yang memantau projek pembersihan itu berkata, cubaan untuk membersihkan sungai itu sebelum ini mahal dan gagal.


“Beberapa kementerian mengambil inisiatif sendiri, kerajaan tempatan bergerak sendiri dan komuniti turut bertindak bersendirian,” kata Haeru kepada Reuters.

Kajian yang dijalankan pertubuhan kebajikan alam sekitar di New York, Blacksmith Institute pada 2013 mendapati, paras plumbum dalam sungai Citarum adalah 1,000 kali lebih tinggi berbanding standard air minuman Amerika Syarikat.

Sementara paras aluminium, magnesium dan besi jauh lebih tinggi berbanding paras dicadangkan. Blacksmith Institute dikenali sebagai Blue Earth mulai 2015.

“Sungai Citarum masih tidak berubah dan banyak media melaporkan ia sungai paling kotor di dunia,” kata Haeru. Usaha pembersihan terbaharu itu bermula sejak awal bulan ini.

Ia membabitkan polis, tentera, beberapa jabatan kerajaan, pelbagai pertubuhan serta penduduk awam di 25 daerah sepanjang sungai terbabit mengalir. – Reuters/BH ONLINE

Kategori