Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Dicengkam Keresahan Kerana...

KUALA LUMPUR - "Negara ini juga dicengkam keresahan akibat ketidaktentuan sikap PAS yang...

Aliff Aziz Belasah Bini,...

KECOH terkini digemparkan dengan isu Aliff Aziz memukul isterinya, Bella Astillah berikutan penyanyi...

Rasuah: Buruh Rohingya Dipenjara...

MELAKA - Seorang buruh binaan etnik Rohingya hari ini dijatuhi hukuman penjara enam...

11 Wajah-Wajah ‘Plastic Surgery’...

ORANG kata bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.Tapi macam biasalah pasti...

8 Ditahan, Lebih 52kg Dadah RM3.7 Juta Dirampas

MELAKA – Polis Melaka menahan lapan anggota sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan merampas pelbagai jenis dadah dengan berat lebih 52 kilogram (kg) bernilai RM3.7 juta dalam dua serbuan di Malim di sini, dua hari lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata dadah yang dirampas adalah 52.82 kg dari dadah jenis syabu, ketamin (33 gram) dan satu pil ekstasi dalam salah sebuah rumah sewa yang diserbu antara 2.30 pagi dan 6.30 petang Sabtu lepas.

Beliau berkata semua dadah itu ditemui disorok di dalam sebuah tong simpanan ais di sebuah rumah pertama pada serbuan yang dilakukan kira-kira 2.30 pagi.

“Anggota sindiket yang ditahan terdiri daripada lima orang lelaki dan tiga orang wanita tempatan berusia antara 20 hingga 31 tahun pula ditahan di kedua-dua lokasi serbuan.

Dadah jenis syabu yang dirampas dibalut menggunakan pembungkus teh bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan ia dianggarkan boleh digunakan kira-kira 260,000 penagih dadah,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua JSJN Bukit Aman Datuk Kang Chez Chiang dan Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan.

Mengulas lanjut, Mohmad berkata turut disita masing-masing dua buah kereta dan motosikal bernilai RM54,000 serta wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM10,000.


Katanya siasatan awal mendapati dadah jenis syabu berkenaan dijual pada harga RM70,000 sekilogram itu dan sindiket tersebut telah bergerak aktif dalam tempoh masa yang masih disiasat.

“Empat daripada lapan ahli sindiket berkenaan didapati positif dadah selain memiliki rekod jenayah dan dadah, katanya.

Beliau berkata semua yang ditahan direman selama seminggu sehingga 24 Feb depan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori