YAOUNDE – Enam anggota pasukan keselamatan dan dua penunjuk arah maut dalam pertempuran dengan pemburu haram di taman hidupan liar di utara Cameroon, kata Menteri Pertahanan, Joseph Beti Assomo.
“Enam anggota tentera dan dua penunjuk arah mati dibunuh dalam pertempuran dengan kumpulan bersenjata yang menunggang kuda pada Khamis lalu di tanam negara Bouba Ndjida di utara negara ini,” kata Beti Assomo dalam satu kenyataan yang disiarkan di stesen radio tempatan.
Kerajaan negara itu berkata, pada 2012, 128 gajah mati angkara pemburu haram dalam tempoh dua bulan di taman negara Bouba Ndjida,
Namun Tabung Sedunia untuk Alam Semulajadi (WWF) mendakwa jumlahnya lebih tinggi, iaitu 480.
WWF menyifatkan pembunuhan itu dilakukan oleh pemburu haram dari Sudan dan Chad.
Sejak Mac 2012, Cameroon mengerahkan ratusan anggota tentera untuk membantu mengawal kawasan rizab hidupan liar bagi menghadapi ancaman pemburu haram dan melindungi populasi gajah di taman berkenaan.
“Lapan mangsa yang maut dalam insiden keganasan pada Khamis lalu sedang menjalankan rutin rondaan,” kata sumber. – AFP/BH ONLINE
*Video sekadar hiasan…