Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kuku Dan Taring Harimau,...

KUALA LUMPUR - Kuku dan taring harimau serta air mani gajah antara yang...

Anak Tempatan Calon Terbaik...

KUALA KANGSAR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz...

Polis Cari Wanita Misteri...

GEORGE TOWN - Seorang ‘wanita misteri’ kini sedang dicari polis bagi bantu siasatan...

Penganggur Didakwa Buat Hantaran...

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari...

800 Pengguna Kereta Kabel Langkawi Terkandas

LANGKAWI – Kira-kira 800 orang pelancong dan petugas terkandas selepas sistem kereta kabel Langkawi SkyCab di sini mengalami kerosakan sejak lewat petang ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba, Mohamad Mustakim Mukhtar berkata 50 orang daripada mereka berada di dalam kereta kabel manakala selebihnya berada di stesen puncak pertama di Gunung Machinchang, yang setinggi 713 meter itu.

Beliau berkata sepasukan 16 orang petugas Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi yang diketuai Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Hisham Ibrahim bergegas ke tempat kejadian di Oriental Village, Teluk Burau di sini selepas dimaklumkan tentang kejadian itu pada 6.53 petang ini.

“Setibanya di tempat kejadian pada 7.06 malam, pasukan itu membantu pekerja syarikat kereta kabel untuk membawa alat ganti ke stesen puncak pertama dengan cara mendaki gunung itu,” katanya.

Menurutnya kerosakan itu dijangka dapat dibaiki dalam tempoh dua hingga tiga jam. – BERNAMA

Kategori