Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

FAM Beri Bayangan Positif...

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi...

Taman Khas Untuk Berbogel...

PARIS - Pada kebiasaannya jika sesiapa yang berbogel di tempat awam, pasti akan...

Penduduk Hairan Sg. Semantan...

TEMERLOH - Penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Semantan di daerah ini hairan...

Mohon Peruntukan Gerak Pusat...

ALOR GAJAH - Kerajaan negeri Melaka memohon peruntukan khas dalam Bajet 2018 bagi...

9 Askar Direman Bantu Siasatan Kes Rogol Gadis

JOHOR BAHRU – Sembilan anggota tentera direman tujuh hari bagi membantu siasatan satu kes rogol bergilir-gilir seorang gadis berusia 17 tahun di Kluang, pada pertengahan Disember lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan semalam sebelum dibenar reman bermula hari ini.

“Saya mengesahkan (polis menerima) laporan yang dibuat (mangsa). Sembilan yang ditahan direman tujuh hari hingga 1 Mac,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Difahamkan kesemua anggota tentera dari Kem Mahkota, Kluang tersebut ditahan selepas gadis berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kluang, kira-kira 8.50 pagi semalam.

Difahamkan seorang daripada suspek merupakan teman lelaki gadis tersebut. – BERNAMA

Kategori