Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Khalid Tempelak Penduduk TTDI...

PETALING JAYA – Persatuan Penduduk Taman Tun Dr. Ismail sengaja mahu membatalkan pembangunan...

Usul Gantung Kehadiran, Chong...

KUCHING - Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menarik balik tuduhannya terhadap Setiausaha...

Sultan Perak Pengerusikan Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis...

Baju Jadi Bahan Ketawa,...

ANUGERAH Juara Lagu ke-30 (AJL30) sudah pun melabuhkan tirainya semalam dengan lagu Potret...

Aaron Dijemput Beri Ceramah Sejak Bergelar Datuk

SEJAK dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk Disember lalu, pelakon popular asal Singapura, Datuk Aaron Aziz mengakui dia kini mendapat banyak tawaran untuk menjadi penceramah program motivasi.

Menurut Aaron, 42, darjah kebesaran yang diterima merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar untuknya berbakti kepada masyarakat.

Jelas Aaron, dia sendiri tidak menjangkakan akan menerima tawaran untuk memberi ceramah motivasi selepas menerima anugerah tersebut sebelum ini.

“Sejujurnya, saya juga tidak menjangka dapat banyak tawaran ceramah motivasi. Selain itu, saya turut mendapat undangan menjayakan program amal dan aktviti membabitkan isu semasa.

“Saya turun padang dan melihat apa masalah mereka. Bagi saya, gelaran ini satu tanggungjawab dan berharap dapat digunakan untuk sesuatu perubahan bagus dalam kehidupan,” kata Aaron dipetik daripada Harian Metro.

Ujar Aaron, dia percaya penganugerahan itu merupakan satu rezeki buatnya dan akan menggunakan amanat yang diterimanya itu sebaik mungkin.

Sejak menerima penganugerahan tersebut, Aaron menjelaskan dia tidak mahu perkara tersebut menjadi satu beban untuk peminat serta orang ramai untuk memanggilnya dengan gelaran Datuk.

“Dari dulu sampai sekarang saya sama saja. Malah, selepas dapat Datuk pun, tidak ada apa berubah. Saya juga tidak kisah kalau ada yang tidak panggil saya Datuk.


“Dalam perkara ini ia hak masing-masing. Mungkin tidak semua orang tahu mengenai gelaran ini, ujarnya.

“Terpulang macam mana mereka nak panggil saya asal saja bukan ‘hoi’ atau panggilan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Membicarakan soal kerjayanya sebagai pelakon pula, gelarannya itu tidak bermakna dia meminta bayaran yang lebih tinggi untuk untuk menyertai projek lakonan sebaliknya mengakui harga yang ditawarnya masih sama.

Aaron dikurniakan DIMP yang membawa gelaran Datuk 16 Disember lalu sempena Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Pekan, Pahang.

Selain Aaron, artis lain yang turut menerima darjah kebesaran bersama Aaron ketika itu adalah pelakon yang menjadi perhatian netizen baru-baru ini, Datuk Farid Kamil. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori