BUDAK tadika pun tahu, menutup aurat dalam Islam hukumnya adalah wajib sama ada dalam kalangan lelaki mahupun wanita.
Tapi sayang, di luar sana masih banyak muslim yang tidak menutup aurat dengan sempurna terutamanya wanita sedangkan Islam sendiri amat menghormati kedudukan kaum hawa.
Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Elite, Abby Abadi memuat naik satu entri memaparkan coretan buat kaum wanita muslimah mengenai isu menutup aurat.
Menerusi perkongsian tersebut, Abby dilihat menyelitkan nasihat buat kaum hawa agar menjaga serta pelihara dengan baik amanah yang diberi Allah.
Menurut Abby, sesungguhnya aurat wanita adalah suatu pemandangan terindah yang telah dicipta dan ia hanya layak dinikmati oleh orang yang berhak ke atas mereka sahaja.
Sehubungan itu, Abby menyeru kaum hawa agar memelihara amanah Allah itu sebaik-baiknya kerana ia adalah kurniaan yang terindah buat wanita sekalian alam.
Pada masa sama, Abby juga sempat menyelitkan nasihat serta tips buat golongan wanita yang ingin berhijrah ke arah kebaikan.
Ternyata perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen yang mana mereka tersentuh dengan penulisan Abby itu.
Malah, ramai juga berpendapat teguran itu ditujukan ‘khas’ buat pengacara, Neelofa yang kini sedang dihimpit kontroversi berkaitan isu tersebut.
Sehingga kini, perkongsian Abby itu dilihat telah meraih lebih 3,000 tanda suka dan terus menjadi perhatian di media sosial khususnya Instagram. – MYNEWSHUB.CC/AM