Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemimpin PAS Hidup Mewah...

KUALA LUMPUR - Mustahil PAS mahu memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Semua Negara Perlu Kongsi...

WASHINGTON - Semua negara, tanpa mengira sama ada menganggotai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa...

Ronaldo, Messi Lawan Lagi...

ZURICH - Jentera serangan kelab Real Madrid, Cristiano Ronaldo disahkan bakal bersaing hebat...

Juri Tolak Rayuan Malaysia,...

KUALA LUMPUR - Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin terlepas peluang...

Agong Berkenan Berangkat Melawat JPM

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan berangkat ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), jabatan kerajaan pertama yang dilawati baginda sejak menaiki takhta sebagai ketua negara pada tahun lepas.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi di bawah JPM di sini, disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut merafak sembah menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan barisan menteri di JPM serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Sultan Muhammad V ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April 2017.

Sultan Muhammad V kemudian berangkat ke aras lima untuk menandatangi buku pelawat.

Baginda kemudian berkenan mengadakan pertemuan empat mata dengan Najib selama 20 minit di pejabat beliau.

Perdana menteri kemudian mengiringi Seri Paduka Baginda ke Bilik Mesyuarat Perdana di aras tiga bangunan berkenaan bagi menghadiri taklimat tertutup mengenai JPM. Turut serta Ahmad Zahid, Ali dan menteri-menteri di JPM.


Sembah taklimat berkenaan disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha JPM Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Sebelum berangkat pulang, baginda berkenan untuk bergambar kumpulan bersama perdana menteri, timbalan perdana menteri dan barisan menteri, ketua setiausaha negara serta pegawai-pegawai JPM.

Seri Paduka Baginda turut berkenan bersalaman dengan warga JPM.

Pada perhimpunan bulanan JPM di sebelah pagi hari ini, Najib berkata keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke JPM hari ini merupakan satu penghormatan yang diberikan Seri Paduka Baginda kepada jabatan itu serta warganya.- BERNAMA

Kategori