Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Parah Ditikam Kekasih...

KUALA LUMPUR: Seorang wanita cedera parah ditikam teman lelakinya yang berang selepas mangsa...

16 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini dengan separuh...

Beri Donat Juadah Berbuka...

PASIR GUDANG: Wanita yang disyaki mengelar bayinya sehingga mati, semalam, sempat berkunjung bersama...

ADUN BN Ketengah 10...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor akan...

Agong Rasmi Masjid Sultan Muhammad V Di Labuan

LABUAN — Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan merasmikan sebuah masjid yang dinamakan sempena nama Seri Paduka di Kampung Lajau di sini.

Masjid Sultan Muhammad V sebelum ini dikenali sebagai Masjid Al Muhammadiyah Jamek. Ia adalah masjid kedua terbesar di Labuan.

Sultan Muhammad V, yang memakai jubah berwarna putih, berkenan menandatangani plak simbolik perasmian masjid berkenaan.

Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V di masjid itu pada 12.43 tengah disambut oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli serta lebih 1,000 jemaah.

Seri Paduka kemudian menyertai para jemaah untuk menunaikan solat Jumaat yang dipimpin oleh Imam An-Nur Ustaz Mohd Najeeb Abd Rahim.

Sultan Muhammad V kemudian berkenan menghadiri majlis jamuan bersama-sama rakyat.

Masjid Sultan Muhammad V, yang menampilkan seni bina kontemporari moden dan Islamik, dibina pada awal 2009 dengan kos sebanyak RM5.1 juta yang diperuntukkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Perbadanan Labuan.


Masjid itu mula digunakan pada 2013 dan boleh menampung kira-kira 1,000 jemaah.

Seri Paduka kemudian berkenan menghadiri majlis taklimat mengenai pembangunan Labuan yang disampaikan oleh Tengku Adnan di Hotel Dorsett Grand.

Sultan Muhammad V adalah dalam rangka lawatan dua hari ke Labuan bermula semalam.

Ini merupakan kunjungan sulung Seri Paduka ke Labuan selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 pada 13 Dis 2016. – BERNAMA

Kategori