Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Harimau Ketagih Darah Manusia...

INDIA – Harimau yang mensasarkan lelaki mabuk sebagai mangsanya, kini menyerang kembali. Serangan...

Monorel Tergendala: Lepas Tayar...

KUALA LUMPUR - Sebuah tayar getah monorel empat gerabak terbakar di stesen Titiwangsa...

“Hari Pertama Bekerja… Sekali...

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkongsi tweet pertama beliau sebagai Perdana Menteri yang menunjukkan...

Suami Isteri Ditetak Penagih...

PENDANG - Sepasang suami isteri cedera parah akibat ditetak penagih tegar di Felda...

AirAsia Mulakan Penerbangan Ke Hua Hin Pada 18 Mei

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan AirAsia akan memulakan penerbangan terus empat kali seminggu dari sini ke Hua Hin, Thailand, pada 18 Mei ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata laluan dengan kod penerbangan AK itu adalah yang ketujuh ke Thailand selain menyediakan rangkaian terbesar di ASEAN dan menghubungkan dunia ke kawasan kurang dikunjungi di rantau itu.

Ketua Komersialnya, Spencer Lee berkata syarikat penerbangan itu membawa kira-kira 1.3 juta penumpang dari Kuala Lumpur ke Thailand dan yakin Hua Hin akan muncul sebagai destinasi percutian pilihan terbaharu yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan pelancongan bagi kedua-dua lokasi terbabit.

“AirAsia pada masa ini mengendalikan 165 penerbangan sehala setiap minggu ke Thailand termasuk Bangkok (80 kali seminggu), Phuket (35 kali seminggu), Krabi (21 kali seminggu), Hat Yai (7 kali seminggu), Chiang Mai (14 kali seminggu), Pattaya (4 kali seminggu) dan terbaharu Hua Hin,” katanya.

Bersempena pelancaran laluan baharu itu, AirAsia kini menawarkan tambang promosi pada harga serendah RM79 untuk penerbangan sehala mulai sekarang sehingga 4 Mac, 2018 merangkumi tempoh perjalanan antara 18 Mei, 2018 dan 26 Oktober, 2018. – BERNAMA

Kategori