Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Melaka Gateway Jadi Pangkalan...

KUALA LUMPUR - DAP menuduh projek Melaka Gateway berpotensi digunakan sebagai pangkalan tentera...

“Siapa Nak Jawab, Tunggu...

KUALA LUMPUR - Suasana di dalam Dewan Rakyat menjadi gamat seketika sewaktu Yang...

Lupakan Perbezaan, Bersatu Sebagai...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu melihat penyatuan...

Barangan Keperluan Mencukupi Sehingga...

PUTRAJAYA - Bekalan barangan keperluan sepanjang bulan Ramadan sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri...

Aksem, JIM Berjaya Patahkan Kegiatan Seludup PATI

KOTA BHARU – Tindakan pantas Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara jiran.

Pengarah JIM Kelantan Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata AKSEM dan JIM berjaya menahan tujuh lelaki warga Myanmar berusia antara 25 dan 32 tahun yang baru tiba di Stesen Bas Bandar Tasek Raja, Pasir Mas pada 4.30 petang semalam dengan menaiki bas ekspres.

ā€œSebaik turun dari bas mereka terus menuju ke sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun untuk dihantar ke sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang namun mereka ditahan oleh sepasukan anggota Aksem dan JIM,ā€ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati kesemua PATI tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan lelaki warga tempatan itu disyaki menjadi dalang kepada kegiatan penyeludupan PATI ke negara jiran.

Katanya kesemua PATI terbabit dihantar ke DepohTahanan Imigresen Tanah Merah manakala lelaki warga tempatan itu diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori