Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Artis Tubuh Kelab Sokong...

KUALA LUMPUR - Seramai 13 artis terpanggil untuk menubuhkan Kelab UMNO Artis Tanahair...

Belum Masanya Untuk Bincang...

KUALA LUMPUR - Pengerusi penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir...

DAPSY Kecam Azmin Perlekeh...

KUALA LUMPUR - Pemuda DAP (DAPSY) menyelar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),...

KPDNKK Tawau Rampas Gula...

TAWAU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Tawau merampas...

AKSEM Perlis Rampas Rokok & Minuman Keras

KUALA PERLIS – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis merampas rokok putih dan minuman keras pelbagai jenis bernilai lebih RM7 juta dalam satu serbuan di Permatang Pauh, Pulau Pinang, petang semalam.

Komander Aksem Padang Besar ASP Bahari Ahmad berkata, dalam serbuan hasil intipan pihaknya itu, lima lelaki Bangladesh dan seorang lelaki tempatan berusia 20 hingga 64 tahun ditahan.

“Sebanyak 24,374 karton rokok putih dan 1,814 karton minuman keras tidak diluluskan kastam, yang disembunyikan di sebuah gudang di kawasan itu dirampas,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Bahari berkata pihaknya turut menyita enam lori yang dipercayai digunakan untuk mengedarkan barangan itu ke seluruh negeri di utara.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Kategori