Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sultan Ibrahim Titah Rang...

JOHOR BAHARU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan agar rang...

Mie Tomoi Mulanya Diupah...

KANGAR - Suspek terakhir kes bakar kereta Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Lagi Insiden Perkauman Dicetuskan...

LONDON - Peminat Chelsea sekali lagi didakwa terbabit mencetuskan isu perkauman, menurut laporan...

Selepas Dipecat, Pekerja Penghantaran...

PEKERJA penghantaran makanan syarikat Zomato di sebuah bandar di India yang dipecat kerana...

Aktor Fachri Albar Ditahan Simpan Dadah Di Rumah

JAKARTA – Hero utama filem Bukan Cinta Malaikat yang bergandingan dengan aktres Nora Danish, Fachri Albar ditahan polis Indonesia kerana simpan sejumlah dadah dalam rumahnya sendiri.

Beliau yang terkenal dalam pelbagai filem dan drama Indonesia, diberkas atas dakwaan berhubung kes dadah di kediamannya terletak di kawasan Cirendeu, daerah Tangerang, wilayah Banten, kira-kira 32 kilometer dari sini.

Portal berita tempatan Merdeka.com. melaporkan, Fachri, yang berusia 36 tahun dan berdarah kacukan Arab serta juga anak lelaki kepada pemuzik legenda Indonesia, Ahmad Albar, itu ditangkap pihak polis pada Rabu lalu.

“Ya, tertuduh telah diberkas di dalam sebuah rumah di kawasan Cirendeu, pada jam 7 pagi (8 pagi waktu Malaysia),” kata ketua polis tempatan Mardiaz Kusin Dwiharnanto ketika mengesahkan berita yang dipetik laman sesawang itu.

Menurut laporan Merdeka.com, sebungkus syabu, dua bungkus ‘dumolid’ dan segulung ganja dirampas semasa penangkapan dijalankan. Fachri kemudian dibawa ke sebuah pejabat polis untuk menjalani proses siasatan.

Ujian air kencing suspek tidak dapat didedah buat masa ini memandangkan Fachri belum lagi selesai disiasat dan menurut Mardiaz: “Dia sudah lama ambil dadah sejak tahun 2015 sebagai ubat penenang dengan preskripsi doktor.”


Fachri dikenali kerana pernah membintangi beberapa filem bertaraf pecah panggung bermula dengan Alexandria (2005), Kala (2007), Pintu Terlarang (2009) dan Pesantren Impian (2016), lapor akhbar The Jakarta Post.

Beliau turut terkenal membintangi sinetron atau drama bersiri popular genre dakwah antaranya Malin Kundang, Cahaya Surga, Sujudku, Mertua & Menantu, Cinta Nia, Para Pencari Tuhan dan terakhir adalah Tobat Sambel.

Tahun lalu selain watak aktivis bantuan kemanusiaan di Syria, Rehan yang terlibat konflik cinta tiga segi dengan Ashraf Muslim dalam Bukan Cinta Malaikat, Fachri juga dikenali menerusi filem seram terlaris, Pengabdi Setan.

Beliau yang sinonim dengan imej lelaki baik muncul memegang watak pemburu hantu iaitu Batara, bergandingan dengan aktor dari Malaysia, Bront Palarae yang menjadi karakter utama Bapak. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori