Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Raja Muda Perlis Mahu...

KUALA LUMPUR - Umat Islam perlu mendalami isu Palestin tanpa dipengaruhi pemikiran dan...

Zizan Razak Buka Kedai...

WALAUPUN dirinya terpalit dengan pelbagai cerita kontroversi, itu tidak menghalang pelawak terkenal, Zizan...

Adib Ditarik Dan Dipukul...

SHAH ALAM - Seorang pegawai perubatan dan pemandu van Ban­tuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),...

Pintu Pesawat Terbuka Ketika...

SEKUMPULAN pemain kelab bola sepak Argentina berdepan detik cemas apabila pintu pesawat ringan...

Aku Nazmi Buat Ayda Sebak, Hargai Golongan OKU

SEBAGAI seorang pelakon yang berkaliber, Ayda Jebat pasti akan melakukan apa sahaja demi menjiwai sesuatu watak yang akan dibawanya di dalam setiap karya lakonan.

Terbaharu, penyanyi lagu MATA itu sedang belajar untuk berkomunikasi dalam bahasa isyarat bagi menjiwai wataknya sebagai seorang gadis kurang upaya dalam pertuturan dan pendengaran.

“Susah sebenarnya belajar bahasa isyarat. Selain mempelajari pergerakan tangan, saya juga harus memasukkan emosi untuk menjayakan watak gadis kurang upaya,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Bagi Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 26, itu merupakan satu cabaran bagi dirinya selama berguru dengan tenaga pengajar yang berpengalaman bagi menjayakan telefilem baharu lakonnnya, Aku Nazmi.

“Ketika dalam proses pembelajaran, perasaan bercampur baur dan saya hampir menangis. Tak boleh saya bayangkan bagaimana rasanya jika saya berada di tempat mereka,” ujarnya lagi.

Disebabkan kepayahan itu membuatkan Ayda berasa lebih dekat dan menghargai golongan kurang upaya yang ada di muka bumi ini.

Apatah lagi dengan kesempurnaan yang dimilikinya kini membuatkan penyanyi dan pelakon drama Rindu Awak 200% itu lebih bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang.

“Pengalaman ini membuatkan saya lebih bersyukur dan memberikan kesedaran tersendiri kepada saya agar lebih menghargai golongan kurang upaya.


“Perasaan mereka patut diselami dan kita harus terus hargai golongan kurang upaya. Insya-Allah, minggu depan saya masuk set penggambaran telefilem arahan sutradara Jinggo di Melaka,” tambahnya lagi.

Telefilem berkenaan turut akan menampilkan pelakon hebat yang lain seperti Sheila Rusly, Dayana Roza, Jay Iswazir dan ramai lagi.

Krew produksi JS Pictures bakal memulakan penggambaran telefilem berkenaan di sekitar Melaka bermula Ahad ini sehingga Selasa yang akan datang.

Dalam masa yang sama, Ayda turut tercalon bagi kategori Aktres Pilihan dan Pasangan Pilihan (bersama Syafiq Kyle) menerusi drama Dekatkan Jarat Kita dalam Anugerah Drama Festival Filem (DFKL) 2018.

Mungkin bagi pelakon yang berpengalaman seperti Ayda, wataknya menerusi telefilem Aku Nazmi akan memberi impak dan kelainan yang berbeza bagi sisi lakonanya selama ini. – MYNEWHSUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Kategori