Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

DAP Perlu Adakan Pemilihan...

KUALA LUMPUR - DAP sebagai sebuah parti yang kononnya menjunjung prinsip ketelusan perlu...

Jangan Ingat Bila Dah...

'Kehebatan' sesetengah pemimpin PAS tidak boleh dianggap sebagai lesen besar sehingga boleh mempertikai...

9 Termasuk Remaja Perempuan...

BATU PAHAT: Sembilan individu termasuk seorang remaja perempuan 17 tahun didakwa di Mahkamah...

Tambang Bas Sekolah Mungkin...

Tambang untuk perkhidmatan bas sekolah berkemungkinan dinaikkan bermula sesi persekolahan yang akan bermula...

Ala J.Lo Malaysia, Klip Muzik Kilafairy Dikritik Netizen

KOLABORASI antara penyanyi Malaysia dan antarabangsa bukanlah sesuatu yang mudah kerana tidak ramai yang berjaya melakukannya.

Baca: Kilafairy Tak Kisah Sean Tak Promosi Lagu Duet

Selepas Mizz Nina yang pernah berkolaborasi bersama dengan Flo Rida dan Jay Park serta Yuna yang berjaya menghasilkan single bersama dengan Usher, kini tiba pula giliran penyanyi bibir munggil, Kilafairy.

Buah tangan Kila dengan DJ Aku Ash dan penyanyi R&B antarabangsa, Sean Kingston telah menggegarkan industri muzik tempatan selepas muzik video mereka ditayangkan di Youtube pada Jumaat lalu menerusi lagu Put The Word In.

Penonton yang melihat turut mengatakan bahawa Kila tak tumpah seperti penyanyi Jennifer Lopez kerana suaranya yang merdu serta gerak tarian yang menarik.

Namun apa yang tidak sedap didengar ialah apabila ada sesetengah netizen mempertikaikan gerak tarian yang dilakukan oleh Kila sendiri.

Mereka menyifatkan bahawa rentak tarian anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu bagaikan tarian tiang dan seolah-olah seperti menjual badan serta ada juga yang meninggalkan komen berbaur lucah.

Dalam muzik video berdurasi hampir lima minit itu, turut kelihatan rakan baik Kila iaitu Izara Aisyah yang menari bersamanya.

Rentak tarian Izara telah mendapat pujian daripada penonton kerana ramai merasakan ianya sebagai tidak keterlaluan dibandingkan dengan Kila.

Malah ada juga yang meninggalkan komen mengatakan mereka hanya menonton video tersebut hanya untuk melihat Izara semata-mata.


Amboi tak baik tau, penat orang tu menari dan menyanyi tapi korang nak tengok Izara je!

Selain Izara, terdapat beberapa lagi penyanyi lain yang turut menjayakan muzik video tersebut antaranya ialah Kaka Azraf, Joe Flizzow dan Altimet.

Bukan itu sahaja, ada juga yang overlimit ‘membawang’ mengatakan bahawa bibir penyanyi dan pelakon kelahiran ibu kota Kuala Lumpur itu bagaikan disengat tebuan kerana ianya kelihatan seperti bengkak.

Alahai netizen ni… Kenapa semua benda perlu dipertikaikan? Kenapa tak lihat sahaja bakat yang dimiliki oleh Kila?

Bagaimanapun, terdapat juga ramai penonton yang memberi pujian kepada Kila kerana kejayaannya menempa nama bersama dengan penyanyi antarabangsa seperti Sean Kingston.

Mungkin jika dilihat dari sudut pandangan yang baik, ia merupakan satu langkah yang membanggakan kerana bukan mudah untuk penyanyi Malaysia untuk berkolaborasi bersama dengan penyanyi luar negara.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Kilafairy atas kejayaan lagu baharunya itu yang mana jumlah tontonan di YouTube telah cecah sebanyak hampir 300,000 serta trending di tangga yang ke-10. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori