Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Azam 2018, Erma Fatima...

BERSEMPENA tahun baru yang akan tiba tidak lama lagi, pengarah terkenal, Erma Fatima...

Perak Kaji Larangan Penggunaan...

IPOH - Kerajaan negeri akan kaji dahulu sebelum kuat kuasa larangan penggunaan straw...

Rugi RM215 Juta Angkara...

KUALA LUMPUR - Golongan wanita yang mempunyai krisis rumah tangga dan ibu tunggal...

MBPP Perketat Pemantauan, Penguatkuasaan

Georgetown : Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengetatkan pemantauan dan penguatkuasaan lalu lintas...

Aliff Syukri Nafi Dakwaan Jual Produk Pakai ‘Pelaris’

BARU-BARU ini pengusaha kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dituduh menggunakan ‘pelaris’ untuk menjual produk keluarannya.

Perkara berkenaan telah dikongsi sendiri oleh Aliff menerusi entri di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Menerusi entri itu, Aliff memuat naik sekeping foto memaparkan tangkap layar mengenai pertanyaan seorang peminat yang dilarang menggunakan produk keluarannya oleh seorang ustaz.

Hasil tinjauan kami menerusi entri tersebut mendapati ustaz tersebut pada masa sama mendakwa produk keluaran Aliff memakai ‘pelaris’.

Bagaimanapun, Aliff menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan tampil memberi kenyataan bagi membersihkan nama baiknya selain meminta agar ustaz berkenaan untuk bertaubat.

Menurut Aliff, dakwaan yang dibuat ustaz itu sama sekali tidak berasas sebaliknya mengakui beliau terpaksa berhempas pulas demi membina empayar perniagaan yang dibina sejak hampir 10 tahun lalu.

“Mereka ingat aku ni 24 jam gelenya-gelenya (terkinja-kinja), duduk rumah post-post diri lepas tu dapat duit banyak.

“Saya pun tak tahu bila isu ini mula keluar. Perangai saya yang loqlaq-loklaq (gila-gila) macam ni pakai pelaris?


“Padahal, orang tak tahu di belakang nama Aliff Syukri. Orang hanya lihat saya mempunyai karakter gedik, sedangkan saya seorang yang kuat dan tabah.

“Mereka tak tahu kisah di sebalik tabir Aliff Syukri dan macam mana susahnya nak cari duit,” katanya dipetik Sinar Online.

Meskipun mengakui terkilan dengan tuduhan tersebut, namun Aliff mengatakan beliau sama sekali tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan perundangan terhadap individu berkenaan.

“Saya tak nak glamour kan orang dan saya juga tak mahu sebut nama ustaz itu atau sebagainya. Saya tak pakai pelaris dan apa yang saya cuba sampaikan, saya masih ada agama dan tahu akan hukum agama,” tegasnya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori