Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘11.11 Singles Day’ Catat...

KUALA LUMPUR - Trafik beli-belah dan jumlah pesanan Malaysia merupakan yang tertinggi dalam...

Pelaksanaan Gaji Minimum Tak...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan dasar gaji minima mulai 1 Julai ini tidak akan...

Tunggu Giliran Vaksin Bukan...

TIDAK ada kelonggaran atau alasan meninggalkan solat dalam keadaan menunggu giliran untuk menerima...

Ahli Parlimen Bertugas Seperti...

KUALA LUMPUR - Kedudukan dan tanggungjawab Ahli Parlimen termasuk aktiviti kaukus serta Jawatankuasa...

Amuk Kambing Tersangkut Di Stereng Kereta

PULAK DAH… Seorang wanita nyaris disondol seekor kambing jantan ketika sedang ambil barang dalam kereta di hadapan rumahnya di Kampung Gentam di Kuala Pilah, Negeri Sembilan semalam.

Dalam kejadian dramatik jam 3 petang itu, wanita tersebut dikenali sebagai Mysha, 45, pegawai operasi di sebuah syarikat swasta di daerah ini, yang baru pulang dari bekerja, meletakkan kereta di depan rumah.

Mangsa kemudian keluar dari kereta dan cuba mahu mengambil barang yang diletak di tempat duduk penumpang hadapan sebelum terdengar suatu bunyi kuat oleh haiwan mamalia berkenaan dari arah belakang.

“Apabila menoleh, saya melihat seekor haiwan yang disangka babi hutan, meluru ke arah saya. Saya masuk semula ke dalam kereta dan melompat ke tempat duduk pemandu sebelum menyedari haiwan itu adalah kambing.

“Saya kemudian membuka pintu kereta di bahagian pemandu dan melarikan diri ke dalam rumah. Selepas itu, saya melihat kepala kambing tersangkut pada stereng kereta,” kata Mysha ketika dihubungi media.

Wanita tersebut kemudian cuba mengeluarkan kambing berkenaan tetapi gagal sekali gus menyebabkannya terpaksa menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatkan bantuan.


Setakat ini belum dapat dipastikan apakah motif haiwan terbabit menyerang mangsa sama ada cuba melarikan diri daripada diserang musuh tertentu atau mempunyai niat untuk memandu kereta milik wanita tersebut.

Kepala haiwan terbabit bagaimana berjaya dikeluarkan dari roda pengemudi kereta berkenaan oleh sepasukan anggota APM yang datang tidak lama selepas itu, kata Ketua Operasi APM Kuala Pilah, Zulkarnain Basiron.

Seramai tiga anggota agensi berkenaan dihantar ke lokasi sejurus menerima panggilan pukul 3.40 petang dan beliau menyifatkan insiden aneh tetapi lucu kali ini adalah yang pertama seumpamanya dilihat seumur hidupnya sendiri.

“Anggota kami hanya mengambil masa tiga minit untuk mengeluarkan kambing yang tersangkut di stereng kereta berkenaan dan haiwan itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori