Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Indonesia Sah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa seorang warga Indonesia telah...

Rusia Ancam Gugurkan ISS...

MOSCOW – Agensi Angkasa Lepas Rusia(Roscomos) mengeluarkan ancaman untuk menjatuhkan Stesen Angkasa Lepas...

Penahanan Pemuda Autisme Cabul...

SUBANG JAYA - Tindakan polis menahan seorang pemuda yang dikatakan pengidap autisme bagi...

ESSCom Mahu “No Fly...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mahu Zon Selamat...

Andik Jadi Taruhan Kedah Kutip 3 Mata Menentang PKNP

ALOR SETAR – Setelah dua kali tewas, Kedah mempertaruhkan pemain import baharunya, Andik Vermansyah dalam usaha mengutip tiga mata penuh pada saingan Liga Super menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, esok.

Pengurus Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata Andik yang merupakan pemain import kuota ASEAN, merupakan seorang pemain lincah dan berharap pemain itu dapat menghadiahkan sesuatu terbaik untuk pasukan pada perlawanan tersebut.

“Kita berharap gandingan Andik lebih serasi dalam kesebelasan utama dan dapat menghasilkan formula berkesan untuk meletakkan kembali pasukan Kedah ke kedudukan yang selesa untuk bersaing dengan pasukan lain.

“Ini perlawanan ketiga dan amat penting bagi mendapatkan mata dan mengembalikan keyakinan dan momentum kemenangan setelah dikecewakan dalam dua perlawanan, bertemu JDT dan Perak sebelum ini,” katanya selepas sesi penyerahan jersi baharu Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif pasukan Kedah, Yusdi Madeonus Mohamad Yunus dan Penolong Pengurus, Hariz Che Mat.

Menurutnya, kehadiran pemain import berasal dari Jember, Indonesia itu dijangka memberi harapan baharu kepada pasukan Kedah pada perlawanan akan datang, dan diharap dapat mengembalikan semula sentuhan penyudah kepada pasukan.

Sementara itu, Andik yang ditemui berkata Kedah menjadi pilihannya walaupun mendapat tawaran daripada enam kelab bola sepak di Indonesia sebelum ini.


“Saya pernah bersama Selangor menentang Kedah sebelum ini, dan Kedah antara pasukan terbaik di Malaysia dan saya sedia bekerja keras untuk tampil dengan cemerlang dengan pasukan Kedah,” katanya.

Andik beraksi selama empat musim bersama Selangor dari 2013 hingga 2017.

Namun kecederaan dialaminya menyebabkan Andik tidak ditawarkan semula penyambungan kontrak oleh Selangor sebaik musim 2017 berakhir pada November lalu.

Andik akan menyarung jersi bernombor 30 musim ini, dan melengkapkan lima pemain import Kedah ketika ini terdiri daripada Liridon Krasniqi, Sandro Da Silva, Alvaro Silva dan Pablo Pallares. – BERNAMA

Kategori