Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir...

DAP S’wak Keluar Pakatan:...

KLANG - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali hari ini...

Tapak Jualan Hangus, Peniaga...

Para peniaga bazar larut malam (uptown) Seksyen 24, Shah Alam menzahirkan rasa kecewa...

Sarang Burung Siak, Hiasan...

ROMPIN - Hidangan udang galah sememangnya sinonim dengan daerah Rompin, namun bagi penggemar...

Angkasa Latih Masyarakat Islam Bidang Perniagaan

TAIPING – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) akan menghantar anggotanya ke Kemboja pada Mac ini untuk melatih masyarakat Islam di negara itu dalam bidang perniagaan termasuk penubuhan koperasi di masjid.

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata masyarakat Islam di Kemboja perlu dibantu kerana mereka merupakan golongan minoriti dan masih berada pada tahap ekonomi yang masih rendah.

“Saya baru pulang dari Kemboja dua minggu lalu dan telah bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Kemboja Matta Mara yang meminta ANGKASA untuk membantu masyarakat Islam Kemboja.

“Kita akan membantu melatih masyarakat Islam di sini dalam perniagaan seperti bidang ternakan dan tanaman gajus,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad (Konsormas) di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini ANGKASA telah mewujudkan 13 koperasi masjid di Kemboja dan diharap ia dapat membantu masyarakat Islam di negara itu meningkatkan taraf hidup mereka.


Sementara itu, semasa berucap Abdul Fattah berkata kariah masjid di negara ini yang belum menubuhkan koperasi kariah diminta berbuat demikian demi meningkatkan penyertaan masyarakat Islam dalam bidang perniagaan.

“Melalui koperasi kariah boleh mengusahakan perniagaan kedai runcit dan menjadi pembekal barangan halal kepada umat Islam,” katanya dan menambah setakat ini lebih 800 daripada 6,300 masjid di negara ini telah menubuhkan koperasi. – BERNAMA

Kategori