Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

David Cameron Hadiahkan Kereta...

Mynewshub pernah berkongsikan kisah Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud menghadiahkan...

Pelakon Power Rangers, Kamen...

BEKAS pelakon aksi lagak ngeri drama aksi 'Power Rangers' dan 'Kamen Riders' diberkas...

Cuma Teman Berpeluk.. Bayarannya...

Indiana – Jika anda berasa tertekan, kesepian dan dalam kesakitan, kadang-kadang apa yang...

Pemuda Maut Kereta Dipandu...

KUANTAN - Seorang pemuda maut selepas kereta Proton Waja yang dipandunya terbabas melanggar...

`Angpow’ Untuk Pengguna Lebuhraya Lekas

KAJANG – Sebanyak 10 pengguna Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) yang mencatatkan jumlah transaksi tol tertinggi akan menerima ‘Angpow’ berupa wang tunai antara RM88 hingga RM388 dari 1 Februari sehingga 5 Mac 2018.

Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff, pemberian ‘Angpow’ itu sempena sambutan Tahun Baru Cina 2018 serta tanda penghargaan kepada pengguna yang menggunakan Lebuhraya Lekas.

“Pengurusan Lekas akan melancarkan kempen “Big Spender @ LEKAS – Travel to win Angpow” yang menawarkan pemberian ‘Angpow’ secara tunai kepada pengguna setia.

“Pengguna Lebuhraya Lekas hanya perlu membuat transaksi tol sebanyak mungkin di mana-mana plaza tol Lekas sepanjang bulan Februari ini bermula dari 1 Februari sehingga 5 Mac 2018,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Wan Salwani berkata, program itu bagaimanapun hanya terbuka kepada kenderaan Kelas 1 sahaja dan pemenang pertama akan menerima ‘Angpow’ berjumlah RM388.


Kata beliau, pemenang kedua dan ketiga masing-masing akan menerima ‘Angpow’ berjumlah RM288 dan RM188, manakala pemenang keempat hingga ke-10 masing-masing akan menerima RM88.

“Kad Touch ‘n Go yang digunakan oleh pengguna Lebuhraya Lekas haruslah berdaftar dengan Touch ‘n Go di https://tngportal.touchngo.com.my bagi memudahkan pemenang dikenalpasti dan dihubungi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori