KOTA BHARU – Penaja utama skuad The Red Warriors (TRW), Tan Sri Annuar Musa kurang senang dengan prestasi pasukan itu setakat ini.
Menurut beliau, sudah tiga perlawanan ditempuhi pasukan bola sepak Kelantan dalam aksi Liga Super 2018 dan kesemuanya gagal dimenangi.
“Sudah tiga perlawanan masih belum mencatat sebarang kemenangan. Buat pertama kali sejak 10 tahun TRW terperosok di tangga terbawah.
“Walaupun carta diawal musim tetapi agak membimbangkang. Doakan kemenangan dalam perlawanan keempat bertemu Perak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Kelantan memulakan kempen Liga Super 2018 dengan prestasi hambar apabila tewas kepada Melaka United 2-1, seri dengan Terengganu 1-1 dan tewas kepada pasukan Pahang 3-0. – MYNEWSHUB.CC