SEPUCUK surat mencetus gelak tawa netizen apabila cubaan seorang kanak-kanak lelaki ‘mengorat’ gadis yang diminatinya tersebar.
Surat cinta daripada Aniq kepada Aisyah ini menjadi tular di media sosial menggelikan hati orang ramai yang melihatnya.
Pick-up line tersebut dipercayai ditulis oleh seorang kanak-kanak sekolah rendah berdasarkan salah satu soalannya melibatkan sekolah agama.
Perbualan melalui surat tersebut bermula dengan si jejaka memberi salam kepada gadis tersebut.
”Assalamualaikum awak.”
“Waalaikumussalam awak,” jawab Aisyah.
“Awak pergi sekolah agama tak?”
“Pergilah, sebab saya nak tengok awak.”
“Apa beza awak dengan kepala paip masjid?”
“Tak tau la awak,” balas Aisyah keliru.
“Bila saya tengok kepala paip masjid, saya nak ambil wuduk. Bila saya tengok awak, saya nak batalkan wuduk! Cia! Cia! Cia!”
“So Sweet.”
Amboi adik-adik, muda-muda lagi dah gatal ye?
Perkongsian surat itu di media sosial oleh beberapa akaun Facebook mendatangkan reaksi yang pelbagai daripada netizen.
“Wahai anak muda. Jikalau ayahmu nampak surat rasmi ini, percayalah dan yakinlah bahawa kepala paip kalau kena libas dekat kepala sakitnya benar belaka,” tulis seorang pengguna akaun Facebook dengan nama samaran Nuay Gooners.
Surat tersebut juga membuatkan segelintir netizen mengimbau kembali zaman persekolahan.
“Hahaha teringat pulak zaman sekolah dulu-dulu. Dekat dua tahun melayan surat menyurat, berkongsi meja dengan sesi petang. Semangat nak ke sekolah memang padu,” kata Muhammad Zaidi Zainal Abidin.
Namun, tidak kurang juga netizen yang tidak terhibur serta beranggapan surat itu ditulis dan dibalas oleh orang yang sama berdasarkan tulisan.
“Baiklah Aniq dan Aisyah. Kenapa tulisan sama ni? Lain kali, jangan la tiru abang-abang buat. Hmmm. Tak sampai dik. Tak sampai,” tulis pengguna dengan nama Kasturi Noah membangkitkan anggapan tersebut.
“Ni surat minta like. Tulisan lebih kurang sama. Sendiri tulis sendiri post,” kata Ayin Jacylene Aduyan.
Betul atau tidak, perkara paling mustahak bagi kanak-kanak yang masih bersekolah adalah untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membantu ibu bapa di masa hadapan.
Bagi yang tidak tahu, pick-up line ‘kepala paip’ ini mulanya dibuat oleh Dzawin, peserta Maharaja Lawak Mega dari Indonesia dalam sketsa yang dipersembahkannya tahun lepas.
Jom imbau persembahan Dzawin dalam video di bawah! – MYNEWSHUB.CC/EZ