Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Erin Malek Nafi Sudah...

SEJAK kebelakangan ini, boleh dikatakan ramai selebriti menjadi mangsa berita palsu yang disebarkan...

Cincin Kahwin Ditemui Pada...

SEORANG lelaki tempatan berusia 82 tahun di Jerman kehilangan cincin kahwinnya tiga tahun...

Hawar Daun Bakteria: RM3.7j...

SUNGAI BESAR - Kerajaan menyalurkan dana tambahan RM3.7 juta bagi membantu pesawah di...

KPWKM Kaji Cadangan Wajibkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji cadangan mewajibkan...

APMM Menerima 4 Jet Ski Sumbangan BSN

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menerima empat jet ski bagi melaksanakan aktiviti pengawalan perairan.

Aset bernilai RM247,000 sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN) itu diserahkan kepada Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar oleh Ketua Eksekutif BSN Datuk Yunos Abd Ghani di Kelab Tasek Putrajaya di sini.

Bercakap kepada pemberita, Zulkifli berkata jet ski Yamaha Waverunner dengan spesifikasi dua dan empat lejang itu mampu meningkatkan kesiapsiagaan APMM dalam operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan yang cetek.

Jet ski itu, yang merupakan aset pertama seumpamanya dalam inventori APMM, akan ditempatkan di Wilayah Maritim Selatan dan Utara kerana bilangan kes orang lemas agak tinggi di Selat Melaka berbanding perairan lain, katanya.

Zulkifli berkata sumbangan aset itu adalah berikutan kerjasama yang terjalin di antara APMM dan BSN sejak 2015, antara lain membabitkan penggunaan aset APMM dalam urusan logistik bagi pengoperasian bank itu di Pulau Tioman, Pahang.


Yunos dalam pada itu berkata kerjasama antara BSN-APMM yang akan berakhir pada Ogos ini dipersetujui untuk dilanjutkan sehinga 2021. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

Kategori