Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penangkapan Ikan Tuna Mampu...

MELAKA - Penangkapan ikan tuna di perairan negara dan juga Lautan Hindi mampu...

Kafa Tak Benar Pemain...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak membenarkan mana-mana pemainnya untuk...

Pengguna Perlu Yakin Kepada...

KUALA LUMPUR - Pengguna Malaysia perlu mempunyai lebih kepercayaan kepada ciptaan dan teknologi...

Shila Amzah Dipilih Sebagai...

PENYANYI yang semakin popular di tanah besar China, Shila Amzah telah dinobatkan sebagai...

APMM Tahan Kapal Dagang Itali Bersauh Tanpa Dokumen

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan sebuah kapal dagang RBD ITALIA selepas didapati bersauh tanpa dokumen yang sah di 6.4 batu nautika dari barat daya Pulau Dua, Pulau Pangkor petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata kapal dagang tersebut ditahan kapal maritim Tugau kira-kira 5 petang semalam.

Katanya, ketika ditahan, kapal yang berdaftar di Itali itu membawa 21 kru termasuk kapten kapal yang terdiri daripada lima warga Itali, 15 warga Filipina dan seorang warga Romania.

“Kes tersebut akan disiasat mengikut ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 491B (1) iaitu bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mat berkata kesemua kru dan kapal yang ditahan di bawah perintah tahanan Maritim telah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Kategori