Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Buruh Ditahan, Dadah...

SUNGAI PETANI - Dua buruh lelaki dipercayai pengedar dadah ditahan manakala dadah jenis...

Gempa Bumi Sederhana Di...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.3 pada skala Ritcher...

Minta Sedekah: 12 Kanak-Kanak...

IPOH - Seramai 12 kanak-kanak perempuan warga tempatan diselamatkan daripada menjadi mangsa eksploitasi...

KPDNKK Tingkat Pemantauan Harga...

PEKAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang akan meningkatkan pemantauan...

Arab Saudi Sokong Proses Damai Afganistan

KABUL – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, telah menzahirkan sokongan terhadap proses damaiAfghanistan dan menyeru semua pihak yang terlibat agar menyokong proses damai di negara dilanda konflik itu, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.

Menurut saluran televisyen Tolo, sokongan itu dizahirkan ketika penasihat presiden Afghanistan, Mohammad Hanif Atmar, melawat Arab Saudi bagi membincangkan isu keselamatan negara.

“Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, dalam pertemuannya dengan Penasihat Keselamatan Negara, Mohammad Hanif Atmar, menyeru semua pihak yang terlibat dalam konflik itu agar menyokong proses tersebut bagi memulihkan keamanan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Atmar.

Kumpulan militan Taliban, yang sentiasa menolak menyertai proses damai disokong kerajaan dengan kehadiran kuasa asing di Afghanistan dan sebaliknya ingin berunding terus dengan kerajaan Amerika Syarikat, bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan. – BERNAMA

Kategori