Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Fitnah Di FB: Najib...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut Ahli Parlimen Petaling Jaya...

“Kenapa Seluar Dalam Laki...

KEDAI dobi layan diri sememangnya dijadikan pilihan kebanyakan pasangan yang berkerjaya untuk membasuh...

Malaysia Kenakan Sekatan Perjalanan...

Mulai esok (27 Nov), Malaysia akan mengenakan larangan sementara perjalanan ke Afrika Selatan,...

Bintang Bola Sepak England...

PEMAIN bola sepak pasukan Sunderland, Adam Johnson mengaku bersalah atas dakwaan melakukan aktiviti...

AS Pindah Kedutaan Ke Baitulmaqdis Mei 2018

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Donald Trump merancang untuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis pada Mei depan sempena ulang tahun ke-70 ‘penubuhan’ Israel, menurut pegawai kerajaan.

Tarikh tersebut bagaimanapun lebih awal daripada yang diumumkan Timbalan Presiden, Mike Pence ketika berkunjung ke Tel Aviv yang mana beliau memaklumkan kedutaan tersebut kononnya akan dibuka pada akhir 2019.

Jabatan Negara AS secara rasmi akan menamakan kemudahan di kawasan kejiranan Arnona di Kota Lama tersebut yang kini digunakan untuk urusan konsular sebagai kedutaan walaupun rancangan asal adalah membina struktur baharu yang mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi untuk dibuka.

Trump dengan angkuh turut berbangga dengan keputusan kontroversinya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel ketika beliau berucap di Persidangan Tindakan Politik Konservatif di Maryland yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Keputusan tergesa-gesa pemindahan Kedutaan AS itu dilihat akan mencetuskan kemarahan Palestin kerana bagi mereka ulang tahun tersebut adalah serentak dengan hari memperingati peristiwa Nakba (malapetaka).

Tragedi tersebut menyaksikan ratusan ribu penduduk Palestin diusir keluar dari kawasan mereka selepas penubuhan Israel secara haram pada 1948.


“Keputusan pentadbiran Rumah Putih untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memilih ulang tahun Nakba untuk melakukan tindakan provokasi itu jelas melanggar undang-undang.

“Ia hanya akan membangkitan kemarahan penduduk Palestin,” tegas Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat dalam satu kenyataan. – The New York Times/mStar Online

Kategori