Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

189 Lagi Rakyat Malaysia...

NEW DELHI - Pesawat yang membawa 189 lagi rakyat Malaysia yang terkandas di...

ZTE AXON Mini Dengan...

ZTE sediaƃā€šĆ‚Ā memasarkan telefon pintar mereka di Malaysia beberapa tahun yang lepas, dan terkini...

Diskaun PTPTN Bermula 1...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara...

AS1M Kaum India Catat RM180 Juta Selepas 3 Hari

KUALA LUMPUR – Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) untuk masyarakat India menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan apabila jumlah pelaburan yang dicatatkan selepas tiga hari dilancarkan mencecah RM180 juta.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata pihaknya akan menggiatkan lagi kempen dan promosi, selain yakin bahawa sasaran RM1.5 bilion dapat dicapai.

ā€œKita bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh untuk mencapai sasaran RM1.5 bilion itu tetapi akan melihat perkembangannya dalam masa setahun ini.

ā€œIni (AS1M) adalah satu pelaburan yang memberikan pulangan yang konsisten dan berisiko rendah. Untuk mereka yang tidak mahu mengambil risiko yang besar, mereka boleh melabur dalam AS1M,ā€ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jelajah Pendidikan Masyarakat India 4.0 (MINDER 4.0) di sini, hari ini.

Pengagihan 1.5 bilion unit tambahan AS1M untuk masyarakat India oleh Amanah Saham Nasional Berhad itu dibuka untuk langganan pada 29 Januari lalu.

Ia dijangka dapat memberi manfaat kepada kira-kira 50,000 masyarakat India di negara ini.

Mengulas mengenai MINDER 4.0, Dr. Subramaniam berkata program yang dianjurkan Putera MIC bersama Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan itu menyasarkan lebih 5,000 pelajar pada tahun ini.


Katanya program tersebut penting untuk membantu pelajar berketurunan India Tingkatan Empat dan Lima mengetahui peluang pendidikan awam di Malaysia sekali gus meningkatkan keupayaan mereka untuk membuat pilihan pendidikan yang betul.

ā€œSaya harap pelajar dapat menghadiri program ini dan seterusnya menggunakan ilmu yang diberi untuk membuat permohonan kemasukan ke pusat-pusat pengajian tinggi awam,ā€ katanya.

Mula dijalankan pada 24 Jan 2015, MINDER antara lain juga bertujuan meningkatkan jumlah permohonan masyarakat India B40 ke universiti awam dan sistem pendidikan awam bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka.

ā€œSetakat 2017, lebih 16,000 pelajar telah mendapat manfaat,ā€ katanya. – BERNAMA

Kategori