Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Terbalik!!! Wartawan Akhbar Saman...

GEORGE TOWN - Pada kebiasaan, pemimpin DAP dikatakan sering menyaman media tertentu khasnya...

Warga Emas OKU Rentung...

SHAH ALAM - Seorang warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) rentung...

Kerajaan Rancang Buka Pejabat...

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang mewujudkan Pejabat Penasihat Pertahanan baharu di Mesir bagi mendokong...

Harga RON95, RON97 Naik...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik lima sen manakala diesel...

ATM Ambil Alih Operasi Hospital Medan Malaysia

KUALA LUMPUR – Tim Operasi Starlight -1, kumpulan pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengambil alih pengendalian Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Panglima ATM, Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata ini kerana operasi hospital itu yang dikendalikan KKM sejak 20 November tahun lepas telah ditamatkan pada 17 Februari lalu.

Beliau berkata operasi hospital berkenaan kini akan diambil alih sepenuhnya oleh ATM selaku peneraju yang baharu sehingga penghujung tahun ini.

“Tujuan operasi hospital itu di Cox’s Bazar adalah untuk menzahirkan hasrat murni kerajaan dalam memberi bantuan kemanusiaan khususnya kepada pelarian Rohingya yang sedang berlindung di Bangladesh.

“Fokus utama bantuan adalah bagi menyokong usaha perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada pelarian Rohingya manakala keseluruhan operasi akan dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Bangladesh dan Angkatan Tentera Bangladesh serta dibantu KKM,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Transit ATM, di sini, hari ini.

Raja Mohamed Affandi berkata Tim Operasi Starlight terdiri daripada 58 anggota termasuk pegawai, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam ATM.

“Mereka adalah 22 pegawai ATM yang terdiri daripada doktor-doktor pakar dan pegawai perubatan dalam pelbagai bidang. Seramai 30 anggota lain-lain pangkat ATM dan enam kakitangan perubatan awam ATM.


“Pasukan ini telah diatur gerak pada Jumaat lepas melibatkan pergerakan kumpulan pendahuluan seramai 23 orang, manakala bakinya iaitu Pasukan Induk akan berlepas awal pagi esok menaiki pesawat komersil,” katanya.

Beliau berkata hospital berkenaan dijangka beroperasi sepenuhnya mulai 29 Februari ini.

Raja Mohamed Affandi berkata operasi Tim Operasi Starlight -1 akan diketuai oleh Brig. Jen. Dr. Adnan Abdullah selaku komander misi, akan melaporkan terus kepada Panglima Angkatan Bersama mengenai semua aspek operasi, pentadbiran dan juga disiplin anggota operasi Tim Starlight di kawasan misi. – BERNAMA

Kategori