GOSIP percintaan pelakon jelita, Ayda Jebat masih lagi menjadi tanda tanya dan bualan hangat dalam kalangan netizen.
Meskipun sering memuat naik gambar bersama pelakon kacak, Redza Rosli namun Ayda menjelaskan hubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar kawan baik sahaja.
Malah, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata di senang dengan sikap Redza membuatkan dia berasa selesa untuk berkawan baik dengan aktor itu.
Ayda berkata lagi, buat masa ini apa yang lebih menjadi keutamaan buat dirinya adalah soal rezeki tetapi akui tidak menolak jika sudah tertulis disapa lambaian cinta seseorang suatu hari nanti.
Di samping itu ketika ditanya mengenai ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan hati, Ayda mengakui dia suka dengan lelaki yang bersikap kelakar.
“Saya sukakan lelaki yang kelakar. Ini sesuatu perkara yang subjektif untuk dihuraikan lebih lanjut.
“Memandangkan saya suka gelak, sudah tentu saya perlukan lelaki yang boleh membuat saya tersenyum dan ketawa,” kata Ayda dipetik sebuah portal online.
Ujarnya lagi, apa yang lebih penting adalah lelaki tersebut haruslah ikhlas menerima dirinya dan keluarga selain mengakui rimas dengan lelaki poyo.
“Yang paling utama, dia haruslah ikhlas diri saya dan keluarga seadanya. Saya rimas dengan lelaki berlagak macho dan bersifat poyo. Buat rilek saja sudahlah, tidak perlu bersikap sedemikian,” ujarnya lagi.
Tak pe la dik… Mula-mula cuma berkawan rapat, tapi siapa tahu lama kelamaan akan ada rasa cinta yang mula berputik? Haaa…
Apapun, Apapun, kami di Mynewshub mendoakan agar Ayda terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Insha-Allah! – MYNEWSHUB.CC/AM