Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Waytha Moorthy, Maszlee Kena...

KUALA LUMPUR - ‘Keletah’ dua menteri yang sejak kebelakangan ini kerap undang isu...

Yasin Terlepas Hukuman Gantung...

PETALING JAYA : "Saya amat bersyukur dengan keputusan ini," kata penyanyi nasyid dan...

Chong Wei Tuntut Pasukan...

SEPANG - Pasukan badminton negara mesti memberi komitmen penuh pada Kejohanan Piala Sudirman...

Aktivis Anti Makan Daging...

SEKUMPULAN anti-pemakan daging di Sepanyol melakukan demonstrasi bagi meningkatkan kesedaran agar tidak memakan...

“Ayuh Boikot Facebook” – Kempen Jim Carrey

PELAKON terkenal, Jim Carrey menggesa orang ramai serta pelabur mengikut langkahnya mengucap selamat tinggal kepada laman sosial Facebook.

Jelasnya, dia memadamkan akaun Facebooknya serta menjual sahamnya di syarikat tersebut kerana rangkaian media sosial milik Mark Zuckerberg itu mengaut keuntungan daripada campur tangan negara Rusia.

Perkara tersebut dikongsi oleh pelakon yang dikenali melalui filem Ace Ventura itu melalui laman sosial Twitter pada 6 Februari lalu.

“Saya melepaskan saham dan memadam akaun rasmi Facebook saya yang selama ini mendapat keuntungan daripada Rusia yang masuk campur dalam pilihan raya kami dan mereka masih tidak mencukupi untuk menghentikannya.

“Saya menggalakkan semua pelabur lain yang mengambil berat tentang masa depan kita untuk melakukan perkara yang sama,” tulis pelakon berusia 56 tahun itu beserta lukisan yang tertulis perkataan ‘Fakebook’ serta tanda pagar #unfriendfacebook.

Tindakan Carrey ini susulan laporan media antarabangsa yang menyebut para pelakon Rusia menggunakan platform tersebut untuk menyebarkan berita palsu ketika pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2016.

Laporan tersebut juga mendedahkan Rusia membeli iklan dari Facebook bagi menyokong perlantikan Donald Trump dan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Amerika.

Melalui kenyataan yang lebih panjang, Carrey menyifatkan AS menikmati banyak kelebihan dari sudut geografi dengan lautan di kedua-dua pihak untuk melindunginya.


Bagaimanapun, jelas Carrey, media sosial telah mewujudkan jambatan siber di mana orang yang tidak mempunyai kepentingan terbaik dalam fikiran boleh menyeberang dan membenarkan perkara ini berlaku.

“Tiada tembok akan melindungi kami daripada itu. Kita mesti menggalakkan lebih banyak pengawasan oleh pemilik platform media sosial ini.

“Akses yang mudah ini perlu ditangani dengan lebih bertanggungjawab dan apa yang kita perlukan sekarang adalah para pelabur aktivis untuk hantar mesej yang memerlukan pengawasan yang bertanggungjawab. Apa yang diperlukan oleh dunia sekarang adalah kapitalisme dengan hati nurani,” katanya dipetik portal online CNBC News.

Kenyataan Carrey itu tentu sekali memberikan sesuatu untuk difikirkan oleh semua pelabur yang membeli saham di Facebook dan menantikan jawapan daripada Facebook yang masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut. – MYNEWSHUB/EZ

Kategori