Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Kristian Ajar Murid...

KAHERAH - Ini cukup luar biasa... Selama berdekad-dekad, seorang lelaki Mesir beragama Kristian...

Syamsul Debat Yang Lucu...

"Pekerja ni ada 4 jenis perwatakan. Paling menarik yang berperwatakan usahawan. Sentiasa sibuk...

Pemandu Tuk Tuk Wanita...

PANTANG maut sebelum ajal. Itu antara detik-detik cemas dialami seorang pemandu tuk tuk...

Zuraida, Jamal ‘Bersemuka’ Di...

SUSULAN insiden 'berdarah hidung' Ahad lalu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin dan pemimpin Baju Merah...

Bagaimana Mahu Tadbir Jika Parti Sendiri Tak Mampu

MUAR – Bagaimana ‘parti bunga’ hendak mentadbir negara ini jika pemimpin parti itu tidak mampu mentadbir parti sendiri, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata pentadbiran dan perlembagaan UMNO mempunyai tertibnya yang tersendiri seperti mesyuarat bahagian dibuat setelah selesai mesyuarat cawangan, namun ‘parti bunga’ adalah sebaliknya.

Tanpa menamakan parti berkenaan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), pimpinan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menggunakan bunga sebagai lambang parti itu.

Katanya, parti pembangkang itu cuba untuk meniru perlembagaan UMNO, namun percubaan itu gagal apabila parti gagal mentadbir parti yang mereka uruskan dengan baik mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan anggotanya.

“Macam mana nak tadbir negara sendiri kalau parti tidak diurus baik, jangan cakap mengenai perubahan (negara) jika kestabilan (negara) pun masih tidak tentu (di bawah pentadbiran pembangkang).

“Jika tiada kestabilan negara bagaimana projek seperti HSR (Kereta Api Laju) dapat dilaksana untuk rakyat, bukan setakat HSR, lampu jalan pun tak mampu buat,” katanya.


Najib berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Penyerahan Program Pemasangan Lampu Jalan Kampung Negeri Johor di Bukit Mor, di sini, hari ini.

Hadir sama, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Muarm, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis itu, Najib berkata ‘parti bunga’ itu tidak sepatutnya menyalahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) atas segala permasalahan dihadapi parti itu.

“Sebelum ini ROS telah meluluskan pemilihan semua DAP…ini bermakna mereka (parti bunga) tidak mampu mematuhi perlembagaan mereka sendiri,”katanya. – BERNAMA

Kategori