Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dua Mayat Nahas QZ8501...

Sejak penemuan serpihan dan mayat nahas pesawat AirAsia QZ8501 di laut Selat Karimata,...

Ngeri! Pelajar Perempuan Hilang...

SABAK BERNAM - Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, dekat...

Ambil Tindakan Pencegahan Elak...

KUANTAN - Tindakan pencegahan yang lebih ketat perlu diambil oleh pihak pengurusan setiap...

TH Harap Kuota Penuh...

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mengharapkan Malaysia diberikan kuota penuh iaitu...

Bandar Indonesia Larang Sambut Valentine

JAKARTA – Sambutan Hari Valentine diharamkan di beberapa bandar Indonesia hari ini ketika polis menahan pasangan kekasih asyik bermesra, tradisi disifatkan pengkritik tidak sesuai di negara majoriti Islam itu.

Larangan itu dilaksanakan di tengah kebimbangan Indonesia yang dulunya mengekalkan tradisi toleransi kini berubah pantas kepada fundamentalis, menjadikan hubungan seks luar nikah termasuk gay kesalahan yang boleh dipenjarakan.

Pihak berkuasa di bandar kedua terbesar di Surabaya menahan kira-kira 24 pasangan ketika serbuan mencegah sambutan Hari Valentine. Bagaimanapun, mereka dijangka dibebaskan dengan amaran.

Bandar Mataram di pulau peranginan Lombok turut melaksanakan larangan sambutan itu dan mengarahkan polis menyerbu sekolah untuk mencari pasangan kekasih.

Namun, parti romantik di hotel dan kafeteria tidak menjadi sasaran, kata pihak berkuasa.


Timbalan Gabenor Makassar di Pulau Sulawesi, Syamsu Rizal berkata, bandar itu melarang sambutan Hari Valentine sementara kawasan Depok di pesisir Jakarta turut melaksanakannya.

“Larangan ini tidak pernah diisytiharkan kerajaan untuk menjadi sambutan di negara ini dan ia akan mencegah hubungan tidak sah di kalangan pelajar,” kata Syamsu. – AFP/BH ONLINE

Kategori