Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Buaya Sepanjang 15 Kaki...

BANDAR SERI BEGAWAN - Penduduk tempatan di Kampung Birau , Tutong dikejutkan dengan...

Rupa-Rupanya Isteriku Sering ‘Makan...

KELAKUAN pelik seorang isteri yang sering memesan Grab terbongkar apabila suami wanita tersebut...

Sijil Kelahiran Anak Kedua...

GAMBAR sijil kelahiran anak kedua Putera William dan Kate Middleton yang dimuat naik menerusi...

Rohingya: Tentera Myanmar Cuba...

YANGON - Kumpulan hak asasi menganggap langkah tentera Myanmar menyangkal tuduhan bertindak kejam...

Banjir: 57 Sekolah Ditutup Di Sarawak

KUCHING – Banjir di beberapa kawasan di negeri ini menyebabkan 57 sekolah ditutup dan tidak beroperasi setakat 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata penutupan itu menjejaskan 6,274 murid, 826 guru dan 350 kakitangan bukan guru.

“Jabatan Pendidikan Sarawak memaklumkan jumlah sekolah ditutup meningkat kepada 57 sekolah berbanding 55 yang direkodkan semalam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata jumlah penduduk terjejas banjir juga meningkat kepada 4,444 orang berbanding 4,267 yang dicatatkan malam tadi.

“Semua mangsa banjir ditempatkan di 24 PPS merangkumi Samarahan 106 orang, Serian (1,201), Sarikei (lapan), Sibu (1,175), Mukah (100), Bintulu (1,532) dan Limbang (322),” katanya.


Beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Sarawak banjir turut menjejaskan operasi klinik kesihatan di negeri ini.

“Banjir mengakibatkan lapan klinik tidak beroperasi iaitu Klinik Kesihatan Ulu Teru serta Klinik Kesihatan Long Loyang di Miri, Klinik Kesihatan Nanga Taroh, Mukah, Klinik Kesihatan Sungai Arip, Sibu, Klinik Kesihatan Tamin, Selangau, Klinik Kesihatan Nanga Tau serta Klinik Kesihatan Sangan di Bintulu dan Klinik Kesihatan Batu Danau, Limbang,” katanya. – BERNAMA

Kategori