Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Hina Agong Kebiadapan, Provokasi...

KUANTAN - PAS dan UMNO Indera Mahkota bersama beberapa pertubuhan serta badan bukan...

Guru ‘Terlampau’ Ajak Murid...

JAKARTA - Seorang guru sekolah rendah di daerah Glagah, Banyuwangi, Jawa Timur didakwa...

Gambar: Terkejut Ular Sawa...

HARI ini, beberapa keping gambar memaparkan seekor ular sawa keluar dari motosikal giat...

‘Semangat Adam Buat Saya...

PENYANYI dan pengacara, Hunny Madu mengakui baru mendapat keberanian untuk mendedahkan keadaan anaknya,...

Banjir Makin Buruk, Mangsa Meningkat 4,859 Orang

KUCHING – Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini terus meningkat kepada 4,859 orang merangkumi 1,463 keluarga setakat 8 malam ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata keadaan banjir yang semakin memburuk itu menyaksikan penambahan 257 mangsa berbanding berbanding 4,602 orang yang dicatatkan setakat petang tadi.

Beliau berkata semua mangsa ditempatkan di 25 PPS di Samarahan, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Mukah dan Limbang.

“Jumlah penduduk terjejas banjir paling tinggi di rekodkan di Samarahan menyaksikan 1,709 berada di tujuh PPS, tujuh PPS di Serian (1,192), dua PPS di Bintulu (878), dua PPS di Sibu (597), tiga PPS di Limbang (388), tiga PPS di Mukah (87) dan sebuah PPS di Sarikei (lapan orang),” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini. – BERNAMA

Kategori