Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bomba: Jumlah Panggilan Kecemasan...

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak 86,982 panggilan kecemasan...

Kadar Zakat Fitrah Kekal,...

PUTRAJAYA – Kadar pembayaran zakat fitrah untuk individu Muslim sepanjang Ramadan kali ini...

Malaysia Bangkit Ikat Vietnam...

KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat...

Lapangan Terbang Changi Sambut...

SINGAPURA - Lapangan Terbang Antarabangsa Changi akan menerima ketibaan pesawat komersial pertama yang...

Bapa Elfira Sudah Pulang Semula Cincin Tunang

TAMAT sudah pertunangan antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi apabila bapa aktres itu mengesahkan sudah pun memulangkan semula cincin mengikut adat.

Bapa Elfira, Ahmad Sobri Ariffin, bersama-sama lapan ahli keluarga dan sanak-saudara telah bertemu bapa dan bapa saudara Sufian di kediaman keluarga Sufian di Muar, Johor, pada 5.30 petang, semalam (Ahad).

Baca: “Selagi Cincin Bersama Elfira, Kami Masih Tunang” – Sufian

Menurut laporan BH Online, Ahmad Sabri turut menyatakan bahawa Sufian tidak berada di rumah ketika majlis pemulangan cincin itu berlangsung.

“Kami sekeluarga sudah membuat keputusan memutuskan tali pertunangan antara Elfira dan Sufian.

“Kami anggap antara anak saya dan dia (Sufian) tiada jodoh. Apa juga alasan atau sebab musabab lain itu tak perlulah ditulis kerana ia akan menyakitkan hati dan menyinggung perasaan orang lain.

“Biarlah ia tersimpan erat dan hanya keluarga masing-masing saja tahu,” katanya.

Sabtu lalu, ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff mengesahkan anaknya itu sudah putus tunang dengan penyanyi lagu Terakhir itu.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu dan dikatakan merancang untuk berkahwin pada awal bulan hadapan.

Namun, jodoh mereka tidak panjang.

Dalam pada itu, Ahmad Sabri mengakui berita terputusnya pertunangan mereka itu tersebar lebih awal daripada proses pemulangan semula cincin itu dilaksanakan kerana urusan kedua-dua keluarga dan kerjaya.

Juga: Sufian Suhaimi, Elfira Loy Sah Putus Tunang

“Saya pun sibuk dengan urusan kerja. Jika diikutkan, kita mahu serah cincin ini sebelum Elfira mengerjakan umrah pada awal bulan ini. Tapi ada saja halangan. Akhirnya, alhamdulillah segala urusan dipermudahkan semalam,” katanya.

Mendedahkan tentang bagaimana proses penyerahan semula cincin itu diadakan, Ahmad Sabri menyatakan bahawa ianya mengikut adat tradisional Melayu.



“Proses penyerahan cincin berlangsung dengan adat Melayu tanpa ada syarat tambahan seperti majlis tunang Oktober lalu.

“Baik keluarga saya dan keluarga Sufian menerima keputusan itu dengan terbuka. Kami masing-masing reda dengan apa yang sudah tertulis dan sepakat meneruskan hubungan baik tanpa perlu bermusuh,” katanya.

Ahmad Sabri juga mengaku selepas segala dirancang tidak menjadi, keluarga kedua-dua pihak terluka dan menanggung malu.

“Saya tak anggap hanya satu keluarga saja yang menanggung malu dan sedih. Sebaliknya, kedua-dua keluarga.

“Sebagai orang Islam dan Melayu kita menerima ketentuan qada dan qadar ini… Kita merancang, Tuhan tentukan.

“Malah, lebih baik dan afdal selepas ini kita tutup saja hal ini tanpa perlu ada lagi kenyataan daripada pihak Elfira dan Sufian termasuk sidang media yang boleh menyinggung perasaan,” katanya.

Tambah Ahmad Sabri, dia ada berkomunikasi dengan kedua-dua Elfira dan Sufian tentang perkara ini.

“Saya ada menghantar mesej kepada Elfira sekembalinya dia dari New York, Amerika Syarikat (AS), malam tadi. Saya harap dia kuat dengan dugaan ini.

“Saya harus puji Sufian kerana mesej yang dihantarnya, semalam cukup bagus. Dia beritahu keluarganya sudah maklumkan hal penyerahan cincin. Dia juga minta maaf atas khilaf diri selain meminta halalkan makan dan minum,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori