Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

“Anak Aku Bekas Banduan”...

"YA, anak saya kini bekas seorang banduan. Atas izinnya saya ingin berkongsi pengalaman...

JPN, 2 Lagi Dibenar...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan akan mendengar dan membuat keputusan sama ada untuk membenarkan...

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan...

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan...

Ramdan Fokus Perlumbaan Di...

MOHD Ramdan Mohd Rosli akui sudah bersedia menebus kehilangan mata kejuaraan pada pusingan...

BATC: Kempen Skuad Wanita Malaysia Berakhir

ALOR SETAR — Kempen skuad wanita Malaysia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2018 berakhir selepas tumpas 3-0 kepada Korea Selatan hari ini.

Pada aksi suku akhir di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, perseorangan pertama negara Soniia Cheah gagal memastikan pasukan mendahului apabila kalah 13-21, 10-21 kepada pemain nombor enam dunia Sung Jin Hyun.

Pasangan beregu yang baru digandingkan Vivian Hoo-Tee Jing Yi juga tidak mampu menyaingi kehebatan lawan apabila mereka dengan mudah dijinakkan Lee So Hee-Shin Seung Chan dengan 10-21, 15-21.

Harapan terakhir Malaysia untuk meneruskan perjuangan, Goh Jin Wei, turut gagal memberikan mata apabila tumpas kepada Lee Jang Mi 21-17, 11-21, 13-21.


BATC 2018 adalah pusingan kelayakan untuk final Piala Uber yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada Mei tahun ini.

Pasukan badminton wanita negara perlu menamatkan kempen BATC dalam kalangan empat pasukan teratas daripada 15 negara yang menyertainya untuk menempah tempat di pusingan akhir Piala Uber. Thailand selaku tuan rumah layak secara automatik. – BERNAMA

Kategori