Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keputusan Projek RTS Akhir...

JOHOR BAHRU - Keputusan meneruskan pembinaan projek laluan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor...

Peragut Dibelasah Orang Ramai

KUALA LANGAT - Seorang peragut bukan setakat berputih mata malah terpaksa menanggung ‘azab...

Terlalu Seksi, Model Bogel...

LONDON — Seorang model majalah bogel, Chelsea Ferguson, terpaksa ‘diboikot’ daripada muncul menerusi laman...

Tiada Semakan Semula Had...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum ada cadangan untuk membuat sebarang semakan semula ke...

Bekas Ketua Audit Negara, Ishak Tadin Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ishak Tadin meninggal dunia di kediamannya di Jalan Chan Chin Mooi, Tasik Titiwangsa di sini, hari ini.

Adik ipar Allahyarham, Zulkhairi Abdul Samad, 60, berkata Allahyarham Ishak, 86, meninggal dunia kira-kira 2.30 petang tadi akibat sakit tua.

Zulkhairi berkata jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Ibnu Sina di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tasik Titiwangsa di Jalan Titiwangsa 5.

“Ketika hayatnya, arwah Ishak seorang yang baik dan pendiam serta mengutamakan pentadbiran negara dan komited dalam kerjanya,” katanya kepada Bernama.

Allahyarham meninggalkan isteri, Puan Sri Sa’adah Abd Samad, seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.


Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dari 1 Mac 1981 sehingga 31 Mei 1986 dan dilantik menjadi Ketua Audit Negara dari 1986 sehingga 1994. – BERNAMA

Kategori