Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rumah Panjang Terbakar, 407...

BELAGA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintulu mengesahkan seramai 407 mangsa...

Suri Rumah Mengaku Salah...

KUALA PILAH - Seorang wanita tempatan hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen...

Kasih Ibu Anjing Terhadap...

Kasih sayang tidak menjadi penghalang antara dua ekor haiwan yang berbeza untuk berkongsi...

Kerana iPhone Hilang, Sampah...

JIKA anda seorang yang selalu bersiar-siar, maka tidak salah untuk lebih berhati-hati dalam...

Bekas Pemuzik Bunuh Diri, Tak Tahan Telinga Sensitif

SEORANG pemuzik berusia 61 tahun, membunuh diri selepas dia menghidap Superior Semicircular Canal Dehiscence Syndrome (SSCDS), iaitu sejenis penyakit di mana pendengarannya begitu sensitif hingga boleh mendengar pergerakan bola matanya sendiri.

Kelvin Edmunds, dari Cyncoed, Cardiff, sangat terdesak hinggakan terpaksa menutup lubang telinganya dengan tisu.

Disebabkan penyakit berkenaan, dia mempunyai pendengaran yang terlalu sensitif dibandingkan dengan orang lain.

Selepas penat dengan keadaan dirinya itu, Kelvin pernah cuba membunuh diri pada September tahun lepas tetapi berjaya dihalang oleh pasangannya Phanrutai Walford, 46.

Kelvin yang merupakan bekas gitaris kumpulan band Rhode Island Red, secara sukarela masuk ke klinik psikiatrik susulan insiden percubaan bunuh diri itu.


Namun pada 5 Oktober lalu, dia ditemui mati di kawasan hutan, yang pernah menadi tempat permainannya ketika kecil.

Kelvin telah mengalami SSCDS selama 15 tahun. Perkara itu didedahkan dalam satu inkuiri yang diadakan bagi menyiasat kematiannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori