Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

50 Mangsa Banjir Di...

BALIK PULAU - Seramai 50 mangsa banjir di Teluk Kumbar di sini mula...

Penganggur Ditahan Bersama 205...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki dan merampas 205 bungkusan air ketum...

Manusia Sogo Yang Hebat...

MANUSIA akan berjuang kalau dia bukan orang yang malang! Hanya yang mudah terasa kalah...

Jangan Bersedih, Kedah Tetap...

ALOR SETAR – Skuad bola sepak Kedah jangan terlalu bersedih dengan kekalahan pada...

Bekas Pengurus Operasi Ar-Rahnu Pecah Amanah

TEMERLOH – Seorang bekas pengurus operasi Ar-Rahnu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi 28 pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM440,409.27, tahun lepas.

Mohd Abdul Malik Awang, 29, dari Taman Sempalit Permai, Mentakab membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap barang gadaian pelanggan yang diamanahkan kepadanya selaku pengurus operasi antara Julai hingga Disember 2017 di Pejabat Pos Ar-Rahnu cawangan Mentakab di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Abdul Rahim menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan memohon mahkamah mengenakan syarat supaya tertuduh melaporkan diri di balai polis setiap bulan.

Bagaimanapun, peguam Wong Peng Shen yang mewakili tertuduh, merayu supaya jumlah itu dikurangkan kerana tertuduh yang ditangkap pada 3 Feb lepas sudah tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.


“Walaupun tertuduh masih bujang, namun beliau menanggung orang tuanya yang tidak bekerja. Tertuduh juga tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau,” katanya.

Kunasundary membenarkan tertuduh dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM140,000 dengan seorang penjamin berserta syarat melapor diri di balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Beliau menetapkan sebutan semula kes pada 7 Mac depan untuk penyerahan dokumen. – BERNAMA

Kategori