Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Maut Dipanah Petir...

JOHOR BAHRU - Dua bapa murid maut manakala seorang murid berada dalam keadaan...

Presiden NGO Ditahan Disyaki...

Kuala Lumpur : Presiden sebuah pertubuhan amal ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam...

Lebih 500 Profesional Kewangan...

KUALA LUMPUR - Lebih 500 profesional industri kewangan dijangka diiktiraf Agensi Akreditasi Kewangan...

Wajah Pemandu Cuai Tular...

TIADA maaf bagimu! Itu yang dilontarkan netizen terhadap seorang remaja perempuan yang memandu...

Bekas Setiausaha JMB Didakwa Guna Cek Palsu

KUALA LUMPUR – Seorang bekas setiausaha Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah kondominium mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas sembilan pertuduhan menggunakan cek palsu berjumlah lebih RM60,000 milik badan pengurusan itu.

Francis Tan Hui Kiat, 54, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail dan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kesembilan, tertuduh didakwa dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sembilan keping cek RHB milik JMB Megan Ambassy yang keseluruhannya berjumlah RM60,780, yang mana tertuduh mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.

Lelaki itu dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di premis RHB Bank Berhad, Cawangan Plaza OSK, 114-116 Jalan Ampang, Hampshire Park di sini antara 8 Feb 2013 dan 19 April 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum menerusi Seksyen 467 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Amer Abu Bakar Abdullah menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.


Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam K. Ashok memohon jaminan dikurangkan kepada RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa.

Mahkamah membenarkan Tan dikat jamin RM45,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu pasportnya perlu diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 8 Mac untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. – BERNAMA

Kategori