Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Himpunan Haram: Polis Soal...

TEGAS... Polis berjaya merakamkan kenyataan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali berhubung ucapannya...

Ekonomi Malaysia Amat Stabil...

PETALING JAYA - Keadaan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan amat stabil dan antara...

Anggota Parlimen Perlu Faham...

KUALA LUMPUR - Banyak masalah di negara ini akan selesai jika semua pihak,...

Kenyataan Balas Pemilik Me’nate...

KONTROVERSI yang melanda selebriti sensasi, Azwan Ali nampaknya makin berpanjangan.Episod caciannya berlanjutan apabila dia...

Belanja Lebih RM92K Simpanan Ibu Untuk Game Online

SEORANG kanak-kanak tanpa ‘sedar’ membelanjakan wang simpanan ibunya berjumlah 150,000 yuan (RM93,984) untuk bermain permainan video dalam talian, King of Glory.

Lapor Beijing Evening News, Tao Tao, 10, yang juga merupakan seorang pesakit leukemia menghabiskan wang berkenaan tanpa menyedari ia merupakan wang yang akan digunakan untuk membiayai kos rawatan penyakit yang dihidapinya.

Perkara tersebut disedari ibunya, Lai Donghong, yang terkejut apabila melihat baki simpanan di akaun banknya ketika hendak melakukan pembayaran bil perubatan Tao di Hospital Beijing.

Lai seterusnya mendapatkan rekod bulanan keluar masuk wang dari bank dan mendapati pada Januari sahaja terdapat sekurang-kurangnya enam transaksi ‘misteri’ yang berjumlah RM4,919 setiap kali.

Hairan dengan pengeluaran itu, Lai kemudian membuat laporan polis dan selepas siasatan dijalankan, wanita itu mendapati setiap transaksi itu telah dipindah ke akaun Wechat milik seorang individu bernama ‘King of Glory’, iaitu anaknya sendiri.


Menurut laporan portal berkenaan, Tao memberitahu terlihat ibunya menggunakan akaun WeChat untuk membuat transaksi tapi dia tak tahu bahawa transaksi secara dalam talian menggunakan wang sebenar.

Membuatkan dia belajar cara-cara memindahkan jumlah itu dari akaun ibunya ke akaun telefon bimbit sendiri untuk tambah nilai akaun permainan King of Glory-nya sejak tahun lalu.

Mujurlah nasib mereka agak baik apabila Lai berjaya memperoleh semula satu pertiga daripada jumlah wangnya selepas syarikat permainan video tersebut mendengar cerita sebenar mengenai kisah anaknya.

Di China, WeChat merupakan platform media sosial gergasi yang memiliki pelbagai fungsi termasuk penggunaan dompet digital, membolehkan penguna membeli barangan dan perkhidmatan melaluinya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori