Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kes Bunuh Suami Isteri:...

Ipoh : Polis sedang memburu adik kepada lelaki yang ditemui maut bersama isteri...

Watak ‘Cikgu Suraya’ Trending...

SIAPA cikgu Suraya ni? Bila tiba sahaja sambutan hari guru pastinya nama ini...

Elena Goh Akhiri Kemarau...

KUALA LUMPUR - Atlet jalan kaki wanita Elena Goh Ling Yin menamatkan kemarau...

Tidak Akan Tarik Balik...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor tidak akan tarik semula elaun dan pejabat yang...

“Belum Terfikir Soal Pengganti…” – Sufian

PENYANYI terkenal, Sufian Suhaimi mengaku tidak mahu memikirkan lagi soal mencari pengganti selepas putus tunang dengan pelakon, Elfira Loy.

Sebaliknya, pelantun lagu Terakhir tersebut membuat keputusan untuk fokus dengan kerjaya muziknya.

Memetik laporan BH Online, Sufian berkata apa yang telah berlaku antara mereka sudah tertulis dan tiada apa yang dapat diubah.

“Saya enggan terus larut dengan perkara yang sudah berlalu pergi. Saya belum terfikir soal pengganti. Biarlah saya utama kerjaya,” katanya.

Mengakui enggan ‘hanyut’ dalam kenangan lalu, Sufian mengambil langkah-langkah terus maju ke depan selain sabar dan redha dengan apapun yang terjadi.

“Saya tidak boleh terus hidup dengan kenangan lalu. Kena fikir ke depan. Memang saya bersedih. Tapi saya sudah fikir ke depan dan redha dengan suratan ini,” ujar Sufian.


Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terbaru Sufian memberitahu dia kini sibuk dengan persiapan untuk melancarkan single keempat berjudul Ku Di Matamu yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Menurut Sufian, lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen itu langsung tiada kaitan dengan kisah putus tunangnya seperti mana yang didakwa oleh segelintir pihak sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori