Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Gred 56...

Putrajaya : Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK)...

Video: Wanita Kantoikan Suami...

WANITA mana yang tidak berang jika suaminya bermain kayu tiga di belakang lebih-lebih...

Video: Saat-Saat Cemas Gempa...

SATU video yang memaparkan aksi cemas di kawasan perkhemahan gunung tertinggi di dunia,...

Pejabat TPM Lapor Polis...

PUTRAJAYA- Pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan membuat laporan polis terhadap Raymond Cheah...

Bengang Dengan Ex Anda? Ini Cara Balas Dendam

LONDON – Pengalaman putus cinta pastinya perit untuk dilalui oleh sesiapa pun; tidak kira sama ada ditinggalkan atau dicurangi, setiap orang yang melaluinya pasti mengambil masa yang lama untuk melupakan bekas kekasih.

Namun, sebuah studio di London, United Kingdom memberi peluang kepada sesiapa yang putus cinta untuk membalas dendam secara halus dan dalam masa sama melupakan kisah duka berkenaan.

Studio tersebut, yang dikenali dengan nama Bompass & Parr mencipta pengalas kasut yang digelar ‘Anti Hari Kekasih’ di mana orang ramai boleh menempah untuk mencetak muka bekas kekasih di atas pengalas kasut tersebut.

Bompass & Parr menjelaskan, perkara itu dicetak di atas pengalas kasut sebagai satu simbolik membalas dendam selepas ditinggalkan bekas kekasih dengan memijak muka mereka.

Sebuah video lucu dikongsikan syarikat tersebut untuk menjelaskan cara-cara untuk mereka yang berminat menggunakan perkhidmatan tersebut dengan hanya £10.

Bagi sesiapa yang berminat, mereka boleh menghantar gambar bekas kekasih mereka melalui emel serta menrangkan serba sedikit kisah sedih mereka.

Studio itu kemudiannya akan mencetak gambar yang dihantar di atas pengalas kasut sebelum dihantar kepada pelanggan untuk digunting mengikut saiz kasut.

Jelas Bompas & Parr, syarikat berkenaan pada mulanya hanya membuka 25 tempahan untuk  pengalas kasut itu sempena sambutan Hari Kekasih namun mendapat permintaan memberangsangkan sehingga terpaksa membuka lebih banyak tempahan.

Walaupun perkara tersebut dilihat sebagai sedikit pelik, ianya sebenarnya pernah dilakukan ketika zaman Mesir Kuno di mana gambar musuh akan dilukis di tapak kasut sebagai satu cara untuk menundukkan dan merendahkan mereka, jelas syarikat tersebut.


Menurut pengarah Bompass & Parr, Harry Parr, perkara ini dicipta syarikatnya bagi membantu individu yang tidak mempunyai pasangan ketika Hari Kekasih sebagai satu lonjakan psikologi kepada mereka untuk kembali positif.

“Dengan berjalan sambil memijak wajah seseorang yang membuat anda sedih atau marah, tapak kasut ini memberi kesan psikologi kepada pemakainya.

“Ia satu peluang untuk mengembalikan jiwa daripada seksaan akibat putus cinta, memberikan satu lonjakan psikologi dan mempersiapkan diri anda untuk hubungan yang seterusnya,” kata Parr.

Jadi, bagi sesiapa yang ingin membalas dendam kepada bekas kekasih dengan cara yang halus dan tidak membahayakan, boleh lah cuba idea ini ye…

Saksikan video yang dikongsi Bompas & Parr sempena ‘Anti Hari Kekasih’ di bawah. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori